Hasil kutipan PDS kini boleh digunakan bagi Pembinaan Pasar Raya Besar

Kuala Lumpur, 1 Ogos 2003

Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mengumumkan bagi pihak Jawatankuasa Pasaran Bon Nasional (NBMC), kelonggaran kepada beberapa halangan ke atas penggunaan hasil kutipan daripada terbitan sekuriti hutang swasta (PDS) bagi pembinaan pasar raya besar.

Berikutan kelonggaran tersebut, hasil kutipan daripada terbitan PDS kini boleh digunakan untuk membiayai pembangunan pasar raya besar, tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  • Cadangan untuk mengendalikan sesebuah pasar raya besar telah diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna;
  • Bangunan tersebut mesti dibina dengan tujuan operasi perniagaan penerbit sendiri sebagai sebuah pasar raya besar;
  • Jumlah ruang lantai perniagaan yang dibiaya oleh hasil kutipan penawaran PDS tidak akan disewakan kepada pihak ketiga; dan
  • Penerbit terus mematuhi syarat-syarat yang ditentukan di atas dan syarat lain yang ditentukan oleh pihak berkuasa kawal selia lain dari semasa ke semasa.

Sebelum ini, “pembinaan pasar raya besar” diletakkan di bawah definisi “pembinaan kompleks membeli-belah”. Pembinaan kompleks membeli-belah kekal sebagai satu aktiviti yang tidak dibenarkan untuk mendapatkan pembiayaan melalui terbitan PDS.

Senarai Negatif NBMC yang dikemas kini (Lampiran 1) yang menyenaraikan keadaan yang mana hasil kutipan daripada terbitan PDS tidak boleh digunakan, boleh didapati di sini.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup