Hukuman penjara dikekalkan bagi pengurus dana
5 Mei 2011   |   Kuala Lumpur
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Dato Hj Ghazali Hj Cha, hari ini mengekalkan sabitan ke atas ahli perniagaan Phazaluddin Abu, 49, bawah seksyen 15A Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA) kerana bertindak sebagai pengurus dana tanpa lesen melalui laman web www.danafutures.com.

Ketika menolak rayuan Phazaluddin terhadap keputusan Mahkamah Sesyen, Hakim Dato Hj Ghazali turut mengekalkan sabitan bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) kerana berurusan dengan wang yang dikumpul melalui skim tanpa lesen.

Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan bahawa Phazaluddin ialah dalang di belakang laman web tersebut dan dia telah mengutip wang tersebut. Hukuman empat tahun penjara bawah SIA, dan dua tahun penjara bagi setiap tiga sabitan bawah AMLATFA, turut dikekalkan.

Mahkamah Tinggi memperakui bahawa lebih daripada 52,000 telah melabur dalam skim tanpa lesen tersebut yang menjurus kepada kutipan wang melebihi RM65 juta. Satu unit telah ditubuhkan di Suruhanjaya Sekuriti bagi menyiasat skim penipuan berpangkalan di Internet seperti ini yang membabitkan kemahiran forensik dan banyak dana awam.

Seramai 29 saksi telah dipanggil sepanjang perbicaraan selama tiga tahun, yang menyebabkan sabitan pertama di negara ini bagi operasi pelaburan dalam talian tidak sah.

Phazaluddin diarahkan supaya menjalani hukuman penjara serta-merta kerana permohonannya bagi menangguhkan hukuman sementara menunggu rayuan telah ditolak. Mahkamah Tinggi bersetuju bahawa hukuman berat bagi pelanggaran undang-undang sekuriti seperti ini adalah penting.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup