Institut Pengarah Korporat Malaysia Dilancarkan Untuk Pertingkat Keberkesanan Lembaga Pengarah
1 Oktober 2018   |   Kuala Lumpur
Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM), sebuah institusi profesional yang ditubuhkan khusus untuk meningkatkan tahap profesionalisme dan keberkesanan pengarah korporat di Malaysia, telah dilancarkan hari ini oleh Menteri Kewangan YB Tuan Lim Guan Eng.

Diterajui oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), dan disokong oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bursa Malaysia, ICDM ditubuhkan oleh para pengarah untuk dimanfaatkan oleh pengarah. Tiga objektif utama ICDM adalah untuk menggalakkan kecemerlangan, integriti dan tahap kemahiran dan kecekapan profesional tertinggi dalam kalangan pengarah korporat di Malaysia; mewakili kepentingan ahli-ahlinya; dan menyokong pemakaiann dan penerapan amalan tadbir urus korporat.

"Menyedari bahawa lembaga pengarah yang lebih baik akan menghasilkan nilai-nilai yang lebih baik, penubuhan ICDM akan mengukuhkan lagi ekosistem tadbir urus korporat yang sudahpun mantap dan pelbagai, ke arah meningkatkan keberkesanan pengarah dan kepimpinan lembaga pengarah di Malaysia" kata Tan Sri Ranjit Ajit Singh, Pengerusi SC.

Di bawah kepimpinan lembaga pengarah pertamanya yang diketuai oleh Tan Sri Zarinah Anwar dan pasukan pengurusan profesional, ICDM akan memberi tumpuan kepada wujudnya kumpulan pengarah yang mampan melalui program pendidikan yang menyediakan kemahiran penting kepada para pengarah untuk berkhidmat dalam lembaga pengarah syarikat tersenarai. ICDM juga mengendalikan daftar pengarah untuk menyediakan khidmat penyumberan pengarah kepada syarikat-syarikat agar perancangan penggantian pengurusan adalah berdasarkan kecekapan.

“ICDM merupakan pusat sehenti yang memenuhi keperluan semua lembaga pengarah dan para pengarah, menawarkan pelbagai perkhidmatan yang dirangka untuk meningkatkan keberkesanan lembaga pengarah dan pengarah," kata Zarinah, Pengerusi ICDM.

ICDM diterajui oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai sebahagian daripada Keutamaan Strategik Tadbir Urus Korporat (2017-2020).
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup