Integriti Pasaran Kekal, Pemutus Litar Pasaran Berfungsi Seperti Dijangkakan

Kuala Lumpur , 10 Mac 2008

Dagangan di Bursa Malaysia Securities Berhad dan produk derivatif di FKLI, OKLI dan SSF di Bursa Malaysia Derivatives Berhad dihentikan hari ini pada jam 2:58 petang. Dagangan akan dimulakan semula bagi kedua-dua pasaran pada jam 3:58 petang. Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa integriti pasaran kekal kukuh, walaupun pemutus litar seluruh pasaran diaktifkan hari ini.

Pemberhentian dagangan merupakan langkah sementara untuk mengekalkan kestabilan pasaran dan memberikan peluang kepada peserta pasaran menilai maklumat baru sebelum membuat keputusan pelaburan.

Pemutus litar pasaran, yang dilaksanakan oleh Bursa Malaysia pada Mac 2002, dibangunkan untuk menggera pasaran secara automatik apabila Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) mengalami penurunan sebanyak 10% daripada tahap penutupan hari dagangan sebelumnya. Ia diaktifkan hari ini kerana indeks tersebut jatuh sebanyak 130.01 mata, atau 10% daripada mata penutup sebelumnya iaitu 1,296.33 mata.

Pengaktifan pemutus litar tersebut tidak menggugat kekukuhan pasaran. Proses penjelasan dan penyelesaian, operasi depositori diteruskan seperti biasa, dan semua dagangan dan penghantaran dan pembayaran pada hari ini akan dilaksanakan.

SC dan Bursa Malaysia akan memantau dengan teliti situasi ini secara berterusan.

Maklumat lanjut mengenai pemutus litar pasaran tersebut, termasuk satu set Soalan Lazim boleh didapati di www.bursamalaysia.com.


SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup