IPO yang Lebih Besar dan Lebih Berkualiti Dipertimbangkan oleh SC pada Suku Tahun Pertama

Pertambahan Keseluruhan dalam Kelulusan Bagi Cadangan Korporat

Kuala Lumpur, 13 April 2007

Lebih kefahaman dan penghargaan terhadap keperluan Suruhanjaya Sekuriti (SC) memberikan cadangan yang lebih berkualiti. Ini ditunjukkan, antara lain, dalam kadar kelulusan yang agak lebih tinggi bagi tawaran awam awal (IPO) yang dipertimbangkan pada suku tahun pertama 2007.

SC meluluskan lapan daripada sembilan permohonan IPO yang dipertimbangkan pada tiga bulan pertama tahun ini, iaitu lima syarikat Papan Utama dan tiga syarikat Papan Kedua. Kemungkinan permodalan pasaran IPO yang diluluskan tersebut berjumlah RM2.552 bilion , atau lebih sekali ganda daripada jumlah RM1.026 bilion yang diluluskan pada suku tahun keempat 2006.

Ini berlaku ketika SC meneruskan peranan pengawalannya yang disertai oleh langkah memudah cara yang diperkenalkan sejak awal tahun 2006 seperti rundingan prapengemukaan dan mesyuarat pascakeputusan bersama penerbit dan penasihat. Mesyuarat tersebut membolehkan penerbit dan penasihat mendapat rundingan awal mengenai cadangan korporat serta memahami sebab-sebab penolakan, yang memberikan lebih kefahaman terhadap jangkaan SC mengenai cadangan korporat.

SC terus memenuhi ketetapan masa pemprosesannya dengan 92 peratus cadangan korporat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan, meningkat daripada 84 peratus yang dicapai pada suku tahun keempat 2006. Sementara itu, 99 peratus permohonan lesen diproses dalam tempoh masa yang ditetapkan, mengulangi pencapaiannya pada suku tahun sebelum ini.

Suku tahun ini juga menyaksikan empat daripada lima permohonan pelesenan korporat diluluskan bagi penasihat pelaburan. Pertambahan ini boleh dikaitkan dengan peluang yang meningkat dalam pasaran terkini bagi aktiviti nasihat korporat melalui pembiayaan hutang dan ekuiti, M&A, penyelidikan pelaburan dan tawaran produk berstruktur.

Statistik pasaran modal yang dikeluarkan oleh SC merangkumi maklumat mengenai pemprosesan, kelulusan dan penolakan pengemukaan, termasuk tempoh masa dan sebab. Di samping petunjuk kad skor ini, statistik suku tahunan bagi pengemukaan yang diluluskan oleh SC bagi suku tahun pertama 2007 juga dilaporkan.

Siri penuh statistik pasaran modal oleh SC boleh didapati di pautan di bawah:

STATISTIK PASARAN MODAL
Kad Skor SC Q1 2007 & Statistik Pengemukaan yang Diluluskan oleh SC pada Q1 2007

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup