Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan Projek Pentadbiran Korporat Akan Mengeluarkan Sasaran-sasaran Pelaksanaan Terperinci

Kuala Lumpur, 23 April 1999

Jawantankuasa Kecil Pelaksanaan Projek Pentadbiran Korporat (IPT) akan mengeluarkan sasaran pelaksanaan terperinci berserta tempoh waktu yang berkaitan, menjelang akhir bulan Mei.

Keputusan ini dibuat ketika mesyuarat ahli IPT yang merangkumi Suruhanjaya Sekuriti (SC), Pendaftar Syarikat (ROC), Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan Federation of Public Listed Companies (FPLC), semalam.

IPT ditubuhkan bagi mengetuai dan menyelia pelaksanaan cadangan Laporan Pentadbiran Korporat (Laporan Jawatankuasa Kewangan) bagi pihak Jawatankuasa Kewangan.

Menurut SC, yang merupakan Urus Setia Jawatankuasa Kewangan Pentadbiran Korporat, sasaran pelaksanaan terperinci yang akan diumumkan bulan hadapan akan merangkumi pelbagai tanggungjawab IPT, yang antara lain termasuk menyelia pelaksanaan Kod Pentadbiran Korporat Malaysia; menilai dan melaksanakan cadangan perubahan kepada undang-undang yang berkaitan; dan menyelaraskan program latihan dan pendidikan pentadbiran korporat.

SC juga berkata bahawa pengukuhan hak pemegang saham minoriti merupakan keutamaan asas IPT dalam pelaksanaan cadangan Laporan Pentadbiran Korporat.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Diedarkan bagi pihak Suruhanjaya Sekuriti. Untuk bantuan, sila hubungi Jabatan Hal Ehwal Korporat di tel no. 03-654 8513 (Ann Teoh)/ 03-654 8107 (Ida Mariana Azmi) atau faks no.: 03-651 5078.

Maklumat latarbelakang:
The Securities Commission (SC), a statutory body reporting to the Suruhanjaya Sekuriti (SC), badan berkanun yang bertanggungjawab kepada Menteri Kewangan, telah ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. Ia merupakan agensi tunggal bagi pengawalan dan pembangunan pasaran modal. SC mempunyai tanggungjawab langsung bagi menyelia dan mengawasi aaktiviti institusi pasaran, termasuk bursa dan rumah penjelasan, dan mengawalselia mereka yang berlesen di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983 dan Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993.
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup