Jemputan pencalonan global bagi Anugerah Diraja Kewangan Islam Malaysia
27 Oktober 2015   |   Kuala Lumpur
Anugerah Diraja Kewangan Islam Malaysia memulakan pencarian global untuk memberi pengiktirafan kepada individu terbilang dalam bidang kewangan Islam, dengan pembukaan pencalonan bagi penerima keempat Anugerah Diraja tersebut.

Anugerah Diraja tersebut yang julung kali diadakan pada tahun 2010 sebagai anugerah dwitahunan, dianjurkan oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi menyokong Malaysia sebagai pasaran kewangan Islam. Anugerah Diraja tersebut mengiktiraf individu berwawasan kewangan Islam yang memberikan sumbangan penting kepada pertumbuhan ekonomi global dan perkembangan sosial masyarakat di seluruh dunia.

Tujuh juri bebas antarabangsa yang dipengerusikan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Dunia, Tun Musa Hitam, akan memilih individu yang layak menerima anugerah tersebut. Kriteria pemilihan Anugerah Diraja Kewangan Islam itu merangkumi aspek-aspek kualitatif dan kuantitatif sumbangan cemerlang individu yang dicalonkan terhadap kewangan Islam di peringkat global. Ini termasuklah inovasi kewangan dan kerja-kerja perintisan, kepimpinan cemerlang, pengetahuan dan pemakaiannya dalam industri, dan inspirasi serta pengaruh ke arah kemajuan dan pembangunan masa hadapan kewangan Islam.

Penerima anugerah tersebut bertindak sebagai teladan kepada yang lain untuk menyumbang ke arah memajukan industri. Pada tahun 2010, penerima pertama anugerah tersebut ialah Shaikh Saleh Abdullah Kamel, Pengerusi Al Baraka Banking Group, dan pada tahun 2012, ia dianugerahkan kepada Encik Iqbal Khan, Ketua Pegawai Eksekutif Fajr Capital. Penerima Anugerah Diraja Kewangan Islam pada tahun 2014 ialah Dato’ Dr Abdul Halim Ismail, yang diiktiraf di atas peranan penting yang dimainkannya dalam penubuhan struktur organisasi dan prosedur operasi bank Islam pertama di Malaysia pada tahun 1983.

Tarikh akhir pencalonan adalah pada 14 Disember 2015. Individu atau pihak yang berminat boleh menghantar pencalonan secara dalam talian melalui laman sesawang www.theroyalaward.com atau e-mel [email protected].

Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong akan menyampaikan Anugerah Diraja tersebut kepada penerimanya bagi tahun 2016 di Majlis Makan Malam Diraja dan penyampaian anugerah yang akan diadakan pada Mei 2016 di Kuala Lumpur.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Bagi menyokong Malaysia: Pasaran Kewangan Islam Dunia
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup