Jerayawara seluruh Negara Mengenai Pelaburan Bijak dalam Pasaran Saham

Kuala Lumpur, 7 November 2006

Pelabur runcit di seluruh negara boleh menambah pengetahuan mereka mengenai pelaburan pasaran saham dengan menghadiri jerayawara (roadshow) yang bermula pada 11 November 2006.

Jerayawara tersebut yang dianjurkan secara bersama oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia), bertujuan meningkatkan pengetahuan dan keyakinan pelabur runcit terhadap pelaburan pasaran saham.

Ia akan mengetengahkan penyampaian oleh SC mengenai hak dan tanggungjawab pemegang saham. Bursa Malaysia dan firma penyelidikan utama juga akan memberikan pelabur kajian sektor terkini dan analisis sector pasaran saham utama dan idea pelaburan.

Jerayawara tersebut akan diadakan di lapan bandar utama di Malaysia sepanjang tempoh dua bulan. Tarikh dan tempat jerayawara tersebut adalah seperti berikut:

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila hubungi 03-62048927 / 03-62048396 atau lawati www.min.com.my.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup