Jualan palsu RM141 juta: Bekas pengarah disabitkan kesalahan kerana memberi laporan mengelirukan
11 Oktober 2010   |   Kuala Lumpur
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mensabitkan Ang Sun Beng, bekas Pengarah Urusan, dan Ang Soon An, bekas Pengarah Eksekutif dan Ahli Jawatankuasa Audit Welli Multi Corporation Berhad (WMCB), kerana memberi angka hasil yang mengelirukan, mengandungi lebih RM141 juta jualan palsu dalam penyata kewangan terauditnya bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2005.

WCMB ialah sebuah syarikat tersenarai di Papan Kedua Bursa Malaysia. Kenyataan mengelirukan itu dikeluarkan kepada pasaran, memberikan kesan penting terhadap harga pasaran syarikat tersebut. Dalam kes ini, harga saham jatuh 43% selepas berita mengenai kenyataan yang mengelirukan itu diketahui umum pada tahun 2008, selepas penyata kewangan WMCB bagi tahun 2005 dinyatakan semula.

Kedua-dua beradik itu, Ang Sun Beng, 64 dan Ang Soon An, 60, mengaku bersalah terhadap tuduhan di bawah Seksyen 122B(a)(bb) yang dibaca bersama dengan Seksyen 122(1) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA).

Ang Sun Beng dan Ang Soon An disabitkan kesalahan atas tuduhan pertama bawah s122B(a)(bb) SIA 1983 yang dibaca bersama dengan s122(1) Akta yang sama manakala tiga lagi tuduhan bawah seksyen yang sama turut dipertimbangkan dalam mengenakan hukuman. Hakim Mahkamah Sesyen, Puan Rozana bt Ali Yusof menjatuhkan hukuman satu hari penjara dan denda RM400,000.00 atau satu tahun penjara kepada setiap tertuduh.

WCMB (kemudiannya dikenali sebagai Energreen Corporation Berhad) dinyahsenarai pada 17 Ogos 2009.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup