Kad Skor Q1 2009 SC: Minat dalam penjanaan dana kekal
20 April 2009   |   Kuala Lumpur
Dalam suku tahun pertama 2009 Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah meluluskan enam cadangan penjanaan modal ekuiti dengan dana yang akan dikumpulkan berjumlah RM13.435 bilion, jauh lebih tinggi daripada RM138.80 juta yang dijana dalam Q4 2008. Tiga daripada enam cadangan tersebut merupakan tawaran hak dan penempatan yang besar, menunjukkan keyakinan penerbit dalam menghimpunkan dana daripada pemegang saham dan pasaran. Juga terdapat penerbitan besar sekuriti hutang swasta (PDS) berjumlah kira-kira RM10.0 bilion, yang lebih daripada RM6 bilion adalah penerbitan sukuk.

Sejumlah 15 kelulusan bagi penubuhan dana baru telah diberikan dalam suku tahun pertama 2009 (berbanding 10 dalam Q4 2008). Ini terdiri daripada sembilan kelulusan bagi penubuhan skim unit amanah dan enam bagi penubuhan dana borong.

SC juga menerima 1,054 permohonan pelesenan dalam suku tahun pertama. Daripada jumlah permohonan ini, 259 adalah permohonan baru manakala 795 adalah permohonan untuk pembaharuan.

Dalam kad skor suku tahunan pertama bagi tahun 2009, SC memperlihatkan bahawa standard prestasi yang kukuh dikekalkan dengan 100 peratus cadangan korporat dan 97.19 peratus permohonan pelesenan diproses dalam piagam masa.

Statistik pasaran modal yang dikeluarkan oleh SC meliputi maklumat mengenai pemprosesan, kelulusan dan penolakan pengemukaan, termasuk masa dan alasan. Selain penunjuk kad skor itu, statistik suku tahunan pengemukaan yang diluluskan oleh SC bagi sukun tahun pertama 2009 juga dilaporkan.

Siri penuh statistik pasaran modal yang dikeluarkan oleh SC boleh dilihat di sini.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup