Kad Skor Q2 2011 SC: Pasaran modal kekal cergas
22 Julai 2011   |   Kuala Lumpur
Pasaran modal Malaysia memperlihatkan suku tahunan kedua pasaran modal yang cergas, yang diapungkan oleh faedah lebih tinggi dalam semua sektor pasaran.

Dalam suku tahun kedua, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menerima 45 cadangan korporat (35 cadangan dalam Q1 2011), 16 antaranya adalah permohonan ekuiti manakala baki 29 lagi adalah bagi Sekuriti Hutang Swasta (PDS).

Daripada 16 permohonan ekuiti, sepuluh adalah permohonan bagi Penawaran Awam Awal (IPO) dengan jumlah potensi permodalan pasaran sebanyak RM13.36 bilion.

SC juga meluluskan sembilan IPO dalam Q2 yang dijangka mempunyai potensi permodlaan pasaran tergabung sebanyak RM17.04 bilion. Sembilan IPO yang diluluskan itu dijangka akan menjana sejumlah RM5.48 bilion.

Bilangan kelulusan PDS turut meningkat dengan 26 kelulusan pada suku tahun ini berbanding 17 dalam suku tahun kedua. Jumlah keseluruhan dana yang akan dijana daripada PDS berdenominasi ringgit yang diluluskan meningkat sebanyak 150% kepada RM34.3 bilion dalam suku tahun kedua 2011 berbanding RM13.7 bilion dalam suku tahun pertama.

Sementara itu, SC juga telah meluluskan 31 permohonan bagi skim pelaburan kolektif baharu, satu peningkatan yang ketara daripada 16 yang diluluskan dalam Q1 2011. Daripada 31 permohonan bagi dana baharu, 14 adalah bagi penubuhan dana unit amanah yang baharu, 16 bagi penubuhan dana borong dan satu kelulusan diberikan bagi penubuhan amanah pelaburan harta tanah patuh Syariah (REIT).

SC mengekalkan standard prestasinya yang kukuh dengan 99.86 peratus daripada permohonan pelesenan dan 100 peratus daripada permohonan cadangan korporat diproses dalam piagam masa. Sejumlah 1559 permohonan pelesenan telah diterima dalam suku tahun kedua.

Statistik pasaran modal yang dikeluarkan oleh SC meliputi maklumat mengenai pemprosesan, kelulusan dan penolakan terhadap penyerahan, termasuk masa dan alasan. Selain petunjuk kad skor ini, statistik suku tahunan penyerahan yang diluluskan oleh SC bagi suku tahun kedua 2011 turut dilaporkan.

Siri penuh statistik pasaran modal yang dikeluarkan oleh SC disertakan di sini.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup