Kad Skor SC: Kelulusan Tawaran Awam Awal dalam Q1
19 April 2010   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) meluluskan 10 Tawaran Awam Awal (IPO) dalam suku tahun pertama, berbanding dua kelulusan dalam suku tahun keempat 2009 dan satu kelulusan IPO dalam suku tahun pertama 2009.

Kesemua 10 IPO yang diluluskan itu berada dalam Pasaran Utama dan dikemukakan kepada SC pada penghujung tahun 2009. Satu daripada 10 IPO yang diluluskan itu disenaraikan dalam suku tahun pertama 2010, menjana RM703 juta dari pasaran.

Selain itu, SC telah mendaftarkan satu prospektus bagi penyenaraian di Pasaran ACE di Bursa Malaysia dalam suku tahun pertama 2010. Syarikat itu kemudiannya telah disenaraikan dalam suku tahun yang sama. Bagi penyenaraian di Pasaran ACE, SC hanya mendaftarkan prospektus, sejajar dengan rangka kerja penjanaan dana baru yang dilaksanakan sejak 3 Ogos 2009.

SC juga meluluskan lapan sekuriti hutang swasta (PDS) baharu dalam suku tahun pertama, meningkat berbanding enam pada suku tahun terdahulu. Jumlah keseluruhan untuk dijana daripada PDS berdenominasi ringgit yang diluluskan dalam suku tahun ini ialah RM9.18 bilion, berbanding RM21.9 bilion pada suku tahun lalu.

SC juga meluluskan dua dana dagangan bursa baru (ETF) dalam suku tahun pertama 2010. ETF akan menjejaki dua indeks asing masing-masing iaitu FTSE/Xinhua China 25 Index dan FTSE/ASEAN 40 Index.

SC mengekalkan standard prestasi kukuhnya dengan memproses 99.2% permohonan pelesenan dan 95% cadangan korporat dalam piagam masa. Sejumlah 1,630 permohonan diterima bagi lesen baharu dan pembaharuan lesen dalam suku tahun pertama 2010.

Statistik pasaran modal yang dikeluarkan oleh SC mengandungi maklumat mengenai pemprosesan, kelulusan dan penolakan penyerahan, termasuk masa dan alasan. Selain petunjuk kad skor, statistik penyerahan suku tahunan yang diluluskan oleh SC bagi suku tahun pertama 2010 juga dilaporkan.

Sila klik di sini bagi siri penuh statistik pasaran modal yang dikeluarkan oleh SC.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup