Kad Skor SC: Kepentingan berkekalan dalam IPO pada Q3 2010
19 Oktober 2010   |   Kuala Lumpur
Sepuluh permohonan penyenaraian baru bagi Pasaran Utama telah diterima oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) semasa suku tahun ketiga 2010, termasuk dua IPO baru berpangkalan asing. Ini merupakan peningkatan daripada lapan permohonan penyenaraian yang diterima dalam suku tahun sebelumnya. Enam daripada permohonan yang diterima dalam Q3 merupakan syarikat yang setiap satu mempunyai potensi permodalan pasaran sekurang-kurangnya RM500 juta.

Sejumlah 18 penyenaraian baru Pasaran Utama telah diluluskan oleh SC dari bulan Januari hingga September tahun ini, sudah pun melebihi kelulusan 12 IPO yang direkodkan pada tahun 2009.

SC selanjutnya meluluskan 10 sekuriti hutang swasta (PDS) berdenominasi ringgit dalam suku tahun ketiga dengan jumlah keseluruhan dana yang akan dijana berjumlah RM16.19 bilion, peningkatan sebanyak 54% daripada RM10.51 bilion yang diluluskan dalam suku tahun kedua 2010.

SC mengekalkan standard prestasi kukuhnya dengan 98.72 peratus daripada permohonan pelesenan dan 94 peratus daripada cadangan korporat diproses dalam piagam masa yang berkaitan. Sejumlah 1,744 permohonan pelesenan diterima dalam suku tahun ketiga.

Statistik pasaran modal yang dikeluarkan oleh SC meliputi maklumat mengenai pemprosesan, kelulusan dan penolakan penyerahan, termasuk masa dan sebab. Selain petunjuk kad skor ini, statistik suku tahun penyerahan yang diluluskan oleh SC bagi suku tahun ketiga 2010 turut dilaporkan.

Sila klik di sini untuk melihat siri lengkap statistik pasaran modal yang dikeluarkan oleh SC.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup