Kad Skor SC: Penjanaan Modal Ekuiti lebih tinggi pada Q3
19 Oktober 2009   |   Kuala Lumpur
Suku tahun ketiga 2009 memperlihatkan lebih banyak aktiviti penjanaan modal ekuiti dengan syarikat-syarikat ingin menjana dana daripada pasaran modal. Menurut kad skor suku tahun ketiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini, SC meluluskan 12 cadangan bagi penjanaan modal ekuiti oleh syarikat-syarikat tersenarai dalam suku tahun ketiga 2009, berbanding dengan 10 cadangan dalam suku tahun kedua.

Jumlah yang ingin dijana daripada 12 cadangan ini berjumlah RM1.43 bilion, hampir sekali ganda jumlah RM789.24 juta yang diluluskan untuk dijana dalam suku tahun kedua.

Terdapat juga minat yang berterusan dalam penjanaan dana daripada pasaran modal melalui Tawaran Awam Awal (IPO). SC menerima lapan permohonan IPO dalam suku tahun ketiga 2009 (berbanding enam pada suku tahun sebelumnya).

SC mengekalkan standard prestasinya yang kukuh dengan 99.1% permohonan pelesenan dan 94% cadangan korporat diproses dalam piagam. Sejumlah 1,260 permohonan diterima bagi lesen baru dan pembaharuan lesen dalam suku tahun ketiga 2009, bilangan paling tinggi setakat ini pada tahun ini.

Statistik pasaran modal yang dikeluarkan oleh SC meliputi maklumat mengenai pemprosesan, kelulusan dan penolakan penyerahan, termasak masa dan alasan. Selain petunjuk kad skor ini, statistik suku tahunan penyerahan yang diluluskan oleh SC bagi suku tahun ketiga 2009 turut dilaporkan.

Siri penuh statistik pasaran modal yang dikeluarkan oleh SC boleh dilihat di sini.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup