Kad Skor SC: Prestasi kukuh menyaksikan lebih banyak penyenaraian di Pasaran Utama
25 Januari 2011   |   Kuala Lumpur
Pasaran modal Malaysia menutup kukuh tahun 2010 dengan 29 penyenaraian baharu di Bursa Malaysia berbanding 14 pada tahun 2009. Dua puluh sembilan penyenaraian baharu itu termasuklah dua Amanah Pelaburan Hartanah. Bagi tahun 2010, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) meluluskan sejumlah 26 syarikat bagi penyenaraian di Pasaran Utama berbanding 12 pada tahun sebelumnya. Daripada 26 syarikat itu, 14 telah disenaraikan di Bursa Malaysia.

Kelulusan Q4 oleh SC bagi penyenaraian di Pasaran Utama (sembilan) merupakan lebih sekali ganda berbanding yang diluluskan dalam Q3 (empat) dan termasuk kelulusan bagi Petronas Chemicals Group Berhad – yang telah berjaya menjana RM12.8 bilion daripada tawaran awam awalnya (IPO) dalam bulan November 2010.

SC menerima 27 permohonan dalam Q4 2010, lima daripadanya bagi IPO dengan potensi jumlah permodalan pasaran sebanyak RM1.91 bilion.

SC juga turut menyaksikan pertambahan sebanyak 145 peratus dalam bilangan permohonan sekuriti hutang swasta (PDS), daripada 11 dalam Q3 2010 kepada 27 dalam Q4 2010. Jumlah keseluruhan dana yang diluluskan bagi dijana daripada terbitan PDS berdenominasi meningkat sebanyak 71 peratus, daripada RM16.2 bilion dalam Q3 2010 kepada RM27.7 bilion dalam Q4 2010.

SC mengekalkan standard prestasinya dengan 98 peratus cadangan korporat dan 99.75 peratus permohonan pelesenan diproses dalam piagam masa. Sejumlah 1,345 permohonan diterima bagi lesen baharu dan pembaharuan lesen dalam Q4 2010.

Statistik pasaran modal yang dikeluarkan oleh SC meliputi maklumat mengenai pemprosesan, kelulusan dan penolakan penyerahan, termasuk masa dan alasan. Selain petunjuk kad skor ini, statistik suku tahunan penyerahan yang diluluskan oleh SC bagi suku tahun keempat 2010 turut dilaporkan.

Siri penuh statistik pasaran modal yang dikeluarkan oleh SC dilihat di sini.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup