Kad Skor SC Q1: Minat kekal berterusan pada 2011
21 April 2011   |   Kuala Lumpur
Minat berkekalan dalam pasaran berterusan dalam suku tahun pertama 2011 dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menerima sejumlah 35 permohonan sebenar berbanding 27 dalam suku tahun sebelumnya.

Empat daripada 35 permohonan itu adalah untuk tawaran awam awal (IPO) dengan jumlah potensi permodalan pasaran kira-kira RM3.72 bilion.

SC meluluskan permohonan IPO daripada sebuah syarikat berpangkalan di China pada masa suku tahun tersebut dengan potensi permodalan pasaran kira-kira RM1.10 bilion. Minat yang lebih tinggi dilihat dalam pasaran bon yang 17 cadangan sekuriti hutang diluluskan dalam suku tahun ini, lebih sekali ganda daripada lapan kelulusan dalam tempoh yang sama pada tahun lalu.

Berbanding Q1 pada tahun lalu, pasaran suku berdenominasi RM dalam suku tahun ini memperlihatkan minat yang besar dengan SC meluluskan lima terbitan sukuk berjumlah sehingga RM7.77 bilion. Ini merupakan perbezaan yang sangat ketara berbanding dua yang diluluskan dalam tempoh sama tahun lalu, yang hanya berjumlah RM0.590 bilion.

SC mengekalkan standard prestasi tinggi dengan 96 peratus cadangan korporat dan 99.84 peratus permohonan pelesenan diproses dalam tempoh piagam masa. Sejumlah 1,390 permohonan lesen diterima dalam Q1 2011. Bilangan yang menggalakkan bagi kemasukan baharu (206) ke dalam pasaran pada permulaan tahun telah menyediakan pentas bagi pertumbuhan cergas pasaran, di segi kuantiti dan kualiti penggiat pasaran.

Statistik pasaran modal yang dikeluarkan oleh SC meliputi maklumat mengenai pemprosesan, kelulusan dan penolakan penyerahan, termasuk masa dan alasan. Selain petunjuk kad skor ini, statistik suku tahunan mengenai penyerahan yang diluluskan oleh SC bagi suku tahun pertama dan keempat 2010 turut dilaporkan.

Sila klik di sini untuk melihat siri penuh statistik pasaran modal yang dikeluarkan oleh SC.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup