Kad Skor SC Q4 2012: Pengakhiran kukuh bagi tahun yang mencatat rekod bagi penjanaan modal
4 FebruarI 2013   |   Kuala Lumpur

2012 terbukti menjadi tahun penting bagi pasaran modal Malaysia dengan rekod jumlah RM145.9 bilion dalam dana yang dijana melalui bon korporat dan tawaran awam awal (IPO), satu peningkatan substantif sebanyak 89% berbanding RM77.2 bilion yang dijana pada tahun 2011.

Angka tersebut dikeluarkan hari ini susulan pengeluaran kad skor suku tahunan SC Q4 2012. SC turut menyatakan bahawa pasaran bon korporat telah membuat terbitan bernilai RM123.8 bilion, iaitu satu peningkatan sebanyak 73% berbanding RM71.2 bilion pada tahun sebelumnya. Ini menjadikannya jumlah terbesar yang dijana dalam terbitan Sukuk setakat ini, iaitu berjumlah RM97.5 bilion atau 79% daripada jumlah keseluruhan terbitan bon. Selain itu, dana yang dijana daripada IPO meningkat tiga kali ganda daripada RM6.0 bilion pada tahun 2011 kepada RM22.1 bilion.

SC menerima 46 permohonan bagi cadangan korporat dalam suku tahun terakhir 2012, iaitu peningkatan sebanyak 31% berbanding 35 permohonan pada Q3 2012. Permohonan terbanyak yang diterima (72%) adalah yang berhubung dengan Sekuriti Hutang Swasta (PDS). Terdapat juga peningkatan dalam permohonan IPO bagi Pasaran Utama dengan enam permohonan pada Q4 2012 berbanding lima pada suku tahun sebelumnya.

Permohonan bagi 26 PDS dan enam IPO yang dijangka akan menjana RM25.2 bilion telah diluluskan pada Q4 2012. 29 skim pelaburan kolektif baru dan lapan skim persaraan swasta (PRS) turut diluluskan pada tempoh yang sama. 

Berhubung dengan kecekapan proses, permohonan substantif yang dipertimbangkan serta permohonan pelesenan pada Q4 2012 semuanya adalah mengikut set piagam masa.

Statistik pasaran modal yang berkaitan dengan kad skor SC meliputi maklumat mengenai pemprosesan, kelulusan dan penolakan pengemukaan, serta alasan penolakan. Selain petunjuk kad skor tersebut, statistik pengemukaan suku tahunan yang diluluskan oleh SC bagi suku tahun keempat 2012 turut dilaporkan.


SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup