Ke Arah Pasaran Modal ASEAN yang lebih saling berkait
30 November 2010   |   Kuala Lumpur
Menteri-menteri Kewangan ASEAN telah mengadakan Seminar Pelabur Menteri-menteri Kewangan ASEAN (AFMIS) ke-7 di bawah tema “Menemukan Hari Esok ASEAN” di Kuala Lumpur hari ini. 

Lapan negara iaitu Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia (tuan rumah), Filipina, Singapura dan Thailand mewakili 10 negara Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dan lebih 500 penggiat pasaran, pelabur dam pengantara pasaran serantau dan antarabangsa menghadiri acara tersebut. Seminar itu adalah anjuran bersama Kementerian Kewangan Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Menteri-menteri Kewangan itu menegaskan bahawa ASEAN sebagai satu kelas aset merupakan satu realiti dengan potensi yang amat besar. Negara-negara anggota kekal komited terhadap integrasi ekonomi dan kewangan ASEAN dan telah memperkenalkan pelbagai transformasi ekonomi dan perubahan pengawalseliaan bagi mengurangkan pergeseran pengawalseliaan dan kos menjalankan perniagaan. 
Kemajuan penting telah dicapai oleh Forum Pasaran Modal ASEAN (ACMF) di bawah pelan pelaksanaannya ke arah menggalakkan pembangunan pasaran modal ASEAN yang berintegrasi. 

Ini termasuk, antara lain, inisiatif untuk mengakses dan meletakkan kedudukan syarikat-syarikat tersenarai awam ASEAN dibandingkan dengan standard tadbir urus korporat antarabangsa, menyelaraskan standard berkaitan dengan penzahiran bagi penawaran rentas sempadan, memudahkan penawaran rentas sempadan bagi produk dan menubuhkan rangkaian Bursa ASEAN. Ini akan disokong oleh penguatkuasaan rentas sempadan yang diperkukuh dan kerjasama di kalangan pengawal selia pasaran modal, serta mekanisme yang dipertingkatkan bagi memudahcarakan perlindungan hak-hak pelabur. 

Dana Infrastruktur ASEAN diwujudkan bagi memangkin integrasi ekonomi dan menggerakkan objektif penghubung ASEAN dengan saiz sasaran sebanyak AS$800 juta bagi menyokong projek-projek infrastruktur. Hari ini, negara-negara ASEAN telah menjanjikan AS$335 juta bagi dana tersebut.

Penyertaan sektor swasta dan penglibatan dalam agenda integrasi ekonomi ASEAN amat penting bagi pertumbuhan yang berterusan dan menyeluruh di rantau ini. Jelas bahawa ASEAN kini merupakan satu formula perniagaan yang terbuka kepada semua penggiat pasaran dan sektor swasta yang digalakkan mengoptimumkan peluang dan mengumpil kerangka pengawalseliaan yang mudah cara. 

ASEAN mempunyai potensi yang amat besar. Blok 10 negara ini mewakili pasaran bagi 600 juta orang atau 8.8% daripada penduduk dunia. Pada tahun 2010, KDNK nominal tergabung ASEAN berkembang kepada AS$1.8 trilion. Secara kolektif, ASEAN menduduki tempat kesembilan ekonomi terbesar dunia dan ketiga terbesar di Asia bagi KDNK nominal. 

Walaupun pada masa ini unjuran IMF bagi pertumbuhan ASEAN ialah 5-6%, AFMIS percaya bahawa ASEAN boleh melangkau sehingga 7%. Untuk mencapainya, amat penting bagi ASEAN sentiasa melakukan pembaharuan, menangani isu-isu besar secara kolektif dan memperkenalkan perubahan pengawalseliaan supaya kekal berdaya saing dan cergas.

Seminar Pelabur Menteri-menteri Kewangan ASEAN tahunan tersebut, pernah diadakan di pusat-pusat kewangan global terkemuka seperti di New York, London, Dubai, Hong Kong dan Singapura.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup