Kedudukan Tadbir Urus Korporat Malaysia bertambah baik dalam laporan Tadbir Urus Korporat serantau
27 September 2012  |   Kuala Lumpur
Malaysia telah memperbaiki kedudukannya dalam tadbir urus korporat (CG) di rantau Asia Pasifik dengan menduduki tangga keempat, naik dua tangga daripada tangga keenam yang didudukinya pada tahun 2010, demikian menurut satu tinjauan serantau mengenai tadbir urus korporat.

Tinjauan tersebut telah dijalankan oleh Persatuan Tadbir Urus Korporat Asia dengan kerjasama CLSA Asia-Pacific Markets (ACGA-CLSA) yang dimasukkan dalam 'Laporan Pemerhatian Tadbir Urus Korporat 2012' (Pemerhatian CG). Laporan dwitahunan Pemerhatian CG itu melaporkan mengenai persekitaran tadbir urus korporat 11 negara Asia sejak tahun 2000.

ACGA-CLSA telah menilai 864 buah syarikat dalam tinjauan tahun ini merentasi rantau Asia-Pasifik. Malaysia adalah antara negara yang menunjukkan peningkatan yang konsisten dalam skor daripada satu tinjauan kepada tinjauan yang lain. Penilaian ke atas Malaysia semakin baik dalam kebanyakan bidang di bawah Pemerhati CG 2012. Bidang yang mengalami paling banyak kemajuan positif ialah 'Budaya CG'.

“Penambahbaikan dalam kedudukan tadbir urus Malaysia adalah disebabkan usaha bersama pihak industri dan pengawal selia serta kesedaran yang semakin meningkat di kalangan syarikat-syarikat mengenai pentingnya amalan baik CG. Pengiktirafan ini sudah tentulah menjadi penggalak semangat dan membuktikan bahawa kita sedang menuju ke arah yang betul dalam membentuk persekitaran tadbir urus korporat yang lebih baik di negara ini,” kata Datuk Ranjit Ajit Singh, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Laporan itu mengaitkan penambahbaikan dalam kedudukan CG Malaysia dengan penerbitan Rangka Tindakan Tadbir Urus Korporat lima tahun dan mengiktiraf Malaysia sebagai antara sebilangan kecil pasaran di Asia yang melakukan perubahan besar dalam kod tadbir urus korporatnya, yang membawa standard yang dikehendaki daripada lembaga pengarah selaras dengan standard antarabangsa.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA


Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup