Kelulusan Serta Merta bagi 60% Permohonan Pengecualian MGO

Kuala Lumpur, 20 Mac 2007

Lebih daripada 60% permohonan bagi pengecualian daripada keperluan melaksanakan tawaran mandatori kini akan diluluskan dalam tempoh satu hari bekerja. Suruhanjaya Sekuriti (SC) berkata ia berkuat kuasa serta merta. Sebelum ini, kelulusan sedemikian mengambil masa 21 hari bekerja.

Tempoh masa kelulusan yang lebih cepat ini diguna pakai kepada permohonan bagi pengecualian daripada keperluan melaksanakan tawaran mandatori dalam keadaan berikut:

  • penerbitan sekuriti baru, antara lain, bagi pembelian aset atau pelangganan saham baru untuk tunai;
  • sekiranya individu bercadang untuk memperoleh secara wajib baki saham sesebuah syarikat; atau
  • apabila syarikat membeli saham berundinya sendiri.

Di samping itu, SC telah meningkatkan keperluan bagi pengumuman pengambilalihan dan percantuman yang berpotensi. Pengumuman segera kini diperlukan dalam keadaan berikut:

  1. apabila sesebuah syarikat dikaitkan dengan khabar angin atau spekulasi bahawa ia sedang diambil alih; atau
  2. apabila terdapat pergerakan harga saham yang tidak diingini atau pertambahan volum yang ketara disebabkan oleh pelaksanaan M&A yang berpotensi atau syarikat terbabit dalam tawaran pengambilalihan.

Keperluan baru ini menyediakan kejelasan dari segi keperluan untuk membuat pengumuman kepada pasaran dan memastikan maklumat disebarkan tepat pada masanya kepada semua pihak yang mempunyai kepentingan dan menggalakkan kecekapan pasaran.

Langkah ini adalah sebagai respons kepada pertumbuhan dan kerumitan berterusan pasaran modal Malaysia yang paling baik dihadapi dengan meminimumkan permasalahan pengawalseliaan bagi membolehkan pengantara pasaran memberikan respons dengan pantas terhadap permintaan pasaran yang berubah-ubah.

Butiran penuh mengenai nota penjelasan SC mengenai langkah terkini ini boleh didapati di sini.


SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup