Kenmark: SC memperoleh injunksi terhadap Ishak
16 Jun 2010   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini memperoleh injunksi ex-parte bagi menghalang Dato’ Ishak Ismail daripada melakukan urusan terhadap wang berjumlah RM10.2 juta yang merupakan hasil daripada penjualan 58.7 juta saham Kenmark Industrial Co. (M) Berhad yang dilakukannya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Dato’ Ishak memberikan butiran penuh dan lengkap asetnya, sama ada di Malaysia atau di tempat lain, dalam masa empat hari.

SC memohon injunksi tersebut susulan daripada siasatannya terhadap pelanggaran undang-undang sekuriti oleh Dato’ Ishak.

Sementara itu, siasatan sedang aktif dijalankan terhadap kemungkinan berlaku pelanggaran sekuriti dalam Kenmark, khususnya yang berkaitan dengan bekas ahli lembaga pengarahnya, pihak pengurusan dan pemegang saham utama.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup