Kenyataan awam SC: Pengekalan Lin Huozhi dan Lin Liying sebagai Pengarah Eksekutif Multisports Memudaratkan Kepentingan Awam
18 September 2018   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengeluarkan kenyataan ini untuk menyatakan pendapatnya bahawa pengekalan kedua-dua Pengarah Eksekutif Multi Sports Holdings Limited (Multi Sports), Lin Huozhi dan Lin Liying adalah memudaratkan kepentingan awam.

Pada 27 Jun 2018, SC mengenakan celaan ke atas Multi Sports kerana mengemukakan kenyataan palsu atau mengelirukan dalam penyata kewangan syarikat kepada Bursa Malaysia. Ini melanggar seksyen 369 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).

Di samping itu, Lin Huozhi dan Lin Liying dan juga bekas Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, Wong Wang Lam telah dikenakan celaan kerana dengan sengaja membenarkan pengemukaan kenyataan palsu atau mengelirukan dalam penyata kewangan syarikat.

SC mengenakan sanksi ini setelah mendapati bahawa Multiports gagal menzahirkan liabiliti tertunggak oleh anak syarikat China milik penuhnya, Jinjiang Baixing Shoe Materials Co Ltd dalam Ringkasan Penyata Kedudukan Kewangan Yang Disatukan bagi tempoh dari 31 Mac 2015 hingga 31 Mac 2016. Liabiliti tersebut berkaitan dengan lapan pinjaman berjumlah sehingga RMB169.55 juta.

Walaupun Wong Wang Lam telah meletak jawatannya dalam Multisports, Lin HuoZhi dan Lin Liying, yang beralamat di Fujian City, China dan masih kekal sebagai Pengarah Eksekutif Multisports. Tidak dapat dipastikan di mana mereka berada sekarang.

Individu-individu yang melanggar undang-undang tersebut belum lagi menfailkan apa-apa rayuan terhadap celaan SC pada 27 Jun 2018 dalam tempoh masa yang ditetapkan di bawah CMSA. Kenyataan awam ini dikeluarkan menurut seksyen 354(3)(f)(ii) CMSA.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup