Kenyataan Bersama Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Mempertingkat Respons Sektor Kewangan Terhadap Risiko Iklim
3 Ogos 2021

Jawatankuasa Bersama Mengenai Perubahan Iklim (Joint Committee on Climate Change - JC3) mengadakan mesyuarat kali kelimanya pada 2 Ogos 2021 untuk membincangkan kemajuan keutamaan semasanya serta inisiatif berterusan dalam menyokong respons industri kewangan terhadap risiko yang berkaitan dengan iklim.
JC3 terus mempertingkatkan inisiatif untuk megukuhkan keupayaan sektor kewangan dalam menguruskan risiko yang berkaitan dengan iklim. Berikutan penerbitan Perubahan Iklim dan Taksonomi Berasaskan Prinsip (Climate Change and Principle-Based Taxonomy, CCPT) pada April 2021, satu Kumpulan Pelaksanaan CCPT akan ditubuhkan untuk menyokong pelaksanaannya yang konsisten dan dengan jayanya oleh institusi kewangan. Seramai 12 ahli JC3 telah memberikan komitmen untuk mengadaptasi CCPT peringkat awal, melebihi jangkaan institusi kewangan yang dikawal selia oleh BNM untuk mengklasifikasi dan melaporkan aktiviti peminjaman dan pelaburan mereka selaras dengan CCPT bermula Julai 2022. CCPT menyediakan rangka kerja umum untuk pengklasifikasian pendedahan institusi kewangan yang berkaitan dengan risiko iklim bagi menyokong penilaian risiko dan mendorong aliran kewangan ke arah melestarikan ekonomi (ekonomi hijau).

Ahli-ahli JC3 juga mengkaji semula kemajuan kerja-kerja yang dijalankan untuk membangunkan panduan rujukan mengenai pengurusan risiko iklim dan analisis senario, serta penzahiran yang berkaitan iklim. JC3 menjang akan menerbitkan panduan rujukan tersebut pada suku keempat tahun ini. Pada masa yang sama, usaha-usaha JC3 untuk menghasilkan senario iklim rujukan tempatan yang relevan bagi Malaysia untuk meningkatkan kefahaman mengenai impak fizikal dan peralihan perubahan iklim menurut trend iklim yang berbeza–beza. Ini seterusnya akan menyokong penilaian risiko, penyelarasan strategi perniagaan yang lebih baik dengan sasaran iklim, dan penzahiran berkaitan iklim oleh institusi kewangan. Ahli-ahli selanjutnya membincangkan rancangan untuk mewajibkan penzahiran kewangan berkaitan iklim oleh institusi kewangan. Maklumat lebih lanjut mengenai rancangan ini akan diumumkan pada akhir tahun iniRangka tindakan Jawatankuasa Kecil bagi Menangani Jurang Data (Bridging Data Gaps) yang baru ditubuhkan telah disahkan dalam mesyuarat tersebut. Ahli-ahli JC3 menyokong penyusunan keutamaan kes penggunaan awal oleh Jawatankuasa Kecil tersebut, yang merangkumi data untuk menyokong keputusan pelaburan dan peminjaman, pemodelan makroekonomi, ujian tekanan, analisis senario dan pembangunan produk. Bagi kes yang digunakan, Jawatankuasa Kecil tersebut akan bekerjasama dengan rakan kongsi utama dari sektor awam dan swasta untuk mengenal pasti keperluan data kritikal dan menghubungkan data tersebut kepada sumber data yang relevan. Jawatankuasa Kecil akan menyediakan katalog data iklim yang boleh diakses oleh sektor kewangan.

JC3 terus aktif bekerjasama dan mengadakan libat urus bersama komuniti perniagaan untuk menyokong keperluan pembiayaan korporat dan rantaian bekalan mereka dalam peralihan ke arah amalan lestari. JC3 juga terus meningkatkan libat urus mereka bersama kementerian dan agensi kerajaan dalam menggalakkan penyelarasan dasar dan strategi sektor kewangan dalam menyokong pendekatan 'seluruh negara’ ke arah menuju ke peralihan yang teratur. Ahli-ahli membincangkan Pelan Tindakan Iklim Kuala Lumpur 2050 yang dilancarkan baru-baru ini dan bersetuju untuk bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk meraih peluang bagi sektor kewangan dalam menangani keperluan kewangan lestari bagi bandaraya ini. Ahli-ahli juga bersetuju untuk mencalonkan wakil-wakil JC3 dalam Rangkaian Tindakan CEO (CEO Action Network - CAN), gabungan kerjasama ketua pegawai eksekutif pihak korporat dan PKS yang komited untuk memangkin dan mempercepat penerapan amalan lestari dalam syarikat korporat dan ekosistem perniagaan di Malaysia.

Berikutan kejayaan penganjuran Persidangan Acara Utama JC3 "Kewangan untuk Perubahan" pada Jun 2021, JC3 telah menerbitkan laporan mengenai pandangan, perbincangan dan saranan utama daripada persidangan tersebut, yang boleh didapati di sini.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
BANK NEGARA MALAYSIA


1 JC3 will build on the Central Banks and Supervisors Network for Greening the Financial System (NGFS) scenarios and country specific analysis.
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup