Pihak SC sedang meneliti maklumat yang sedia ada untuk menentukan sama ada wujud sebarang pelanggaran undang-undang sekuriti.
SC menasihati orang ramai agar mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dan berwaspada dengan risiko yang terlibat dalam menyertai mana-mana skim pelaburan, terutamanya skim pelaburan yang membabitkan mata wang kripto dan token digital.