Kenyataan SC mengenai transaksi saham Sime Darby-E&O
12 September 2011   |   Kuala Lumpur
SC terus menerima pertanyaan mengenai transaksi saham Sime Darby-E&O. Pihak kami ingin menyatakan sekali lagi bahawa kami sedang menyemak semua situasi yang membabitkan transaksi tersebut bagi sebarang implikasi Kod Pengambilalihan. Pihak kami juga sedang menyemak semua transaksi saham oleh semua pihak bagi tempoh masa yang berkaitan dengan perkara ini. Hasil kedua-dua semakan ini akan hanya diketahui selepas semua fakta yang berkaitan telah diperolehi.

Menurut proses tadbir urus dalaman SC, semakan tersebut diketuai oleh kedua-dua Ahli Suruhanjaya yang paling berpengalaman, Datuk Francis Tan dan Datuk Gumuri Hussain, sementara Pengerusi SC dari peringkat awal, telah mengecualikan diri.

Pernyataan Prinsip dan Standard SC menghendaki SC mematuhi standard etika dan tadbir urus yang paling tinggi ketika melaksanakan tugas-tugas kami. Ini merupakan amalan SC dan ia akan terus dikekalkan.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup