Keperluan Penzahiran Tambahan bagi Syarikat Asing yang Memohon Penyenaraian di Malaysia

Kuala Lumpur, 19 Mei 2004

Syarikat asing yang diperbadankan di luar negara yang memohon penyenaraian di Malaysia mesti menzahirkan dalam prospektus, maklumat penting seperti perbezaan dalam penguatkuasaan undang-undang, maklumat korporat dan risiko terbabit apabila dikawal selia oleh bidang kuasa lain, kerana maklumat ini dapat membantu pelabur membuat keputusan bermaklumat.

Untuk mempertingkat keperluan penzahiran bagi syarikat sedemikian, Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mengeluarkan 'Prospectus Guidelines - Guidelines Supplement 1 for Listing of Foreign-Incorporated Companies '. Garis panduan baru tersebut berkuat kuasa serta merta dan dirujuk secara bersama dengan Prospectus Guidelines on Public Offerings sedia ada.

Penyenaraian syarikat asing di Malaysia dimudahcarakan melalui Guidance Notes 7A dan 7B yang diterbitkan di bawah Policies and Guidelines on Issue/Offer of Securities SC pada 19 September 2003.

Keperluan penzahiran, seperti yang ditetapkan di bawah garis panduan tersebut tidak terhad kerana mereka yang terlibat dalam penyediaan prospektus dikehendaki menzahirkan semua maklumat penting yang mereka ketahui. Para pelabur dinasihatkan agar membaca dan memahami semua maklumat yang dikemukakan dalam prospektus sebelum membuat keputusan pelaburan mereka.

Garis panduan tersebut boleh didapati di tapak web SC di sini.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup