Kerjasama IFSB-IOSCO-SC dalam Keperluan penzahiran bagi produk Pasaran Modal Islam
30 OKtober 2013   |   Kuala Lumpur/Madrid

Kuala Lumpur / Madrid – Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB), Pertubuhan Antarabangsa Suruhanjaya (IOSCO) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sukacita mengumumkan penerbitan bersama “Disclosure Requirements for Islamic Capital Market Products” telah diterbitkan pada Persidangan Tahunan IOSCO Ke-38 di Luxembourg, yang berlangsung pada 15-19 September 2013. Penerbitan ini merupakan himpunan Kertas terbitan dan komen yang dibentangkan di Sidang Meja Bulat IFSB-IOSCO-SC mengenai Keperluan Penzahiran bagi produk Pasaran Modal Islam Market (ICM) yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan September 2012.

Buku tersebut membincangkan keperluan untuk membangunkan standard pengawalseliaan antarabangsa dan amalan terbaik yang berkaitan dengan keperluan penzahiran bagi produk-produk ICM. Buku ini juga menganalisis isu, risiko dam cabaran yang berbangkit daripada penzahiran yang berkemungkinan tidak mencukupi dalam bidang Sukuk dan Skim Pelaburan Kolektif Islam, dan menganalisis cara untuk mengukuhkan standard penzahiran bagi produk ICM.

IFSB, IOSCO dan SC memperakui keperluan untuk melengkapkan pengantarabangsaan ICM yang semakin meningkat dengan persekitaran pengawalseliaan yang lebih memberangsangkan. Kerjasama di antara ketiga-tiga badan tersebut merupakan langkah penting ke arah membangunkan dan meningkatkan standard pengawalseliaan antarabangsa dan amalan terbaik yang berkaitan dengan keperluan penzahiran bagi produk ICM. Inisiatif bersama itu menekankan lagi kepentingan ICM dalam landskap kewangan global dan menyerlahkan keperluan melaksanakan perlindungan pelabur dan integriti pasaran daripada perspektif merentas pelbagai bidang kuasa.

IFSB, sebagai organisasi penetapan standard antarabangsa bagi industri perkhidmatan kewangan Islam, berusaha untuk memantapkan keperluan pengawalseliaan penzahiran bagi menjadikannya lebih komprehensif untuk industri. Penerbitan buku tersebut adalah ekoran daripada inisiatif awal ICM oleh IOSCO, iaitu penerbitan buku Islamic Capital Market Fact Finding Report pada tahun 2004 dan Analysis of the Application of IOSCO’s Objectives and Principles of Securities Regulation for Islamic Securities Products pada tahun 2008. Laporan pertama yang menyimpulkan IOSCO Objectives and Principles of Securities Regulation akan digunakan bagi ICM, merupakan pandangan yang disokong oleh Laporan 2008 dengan cadangan, antara lain, bagi kerja tematik selanjutnya terhadap standard penzahiran. 

Penerbitan buku ini kena pada masanya memandangkan transaksi dan aktiviti rentas sempadan dalam ICM semakin berkembang pesat, menuntut tahap keseragaman standard termasuk keperluan penzahiran. Buku ini disasarkan untuk membantu mengukuhkan sistem penzahiran ICM dan menggalakkan keyakinan pelabur terhadap segmen penting sistem kewangan global yang semakin meningkat.


SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA



Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup