Kes MEMS Technology: Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan SC & mengenakan hukuman 6 bulan penjara
11 Januari 2011   |   Kuala Lumpur
Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan rayuan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) terhadap keputusan Mahkamah Sesyen ke atas Ooi Boon Leong dan Tan Yeow Teck, mantan pengarah MEMS Technology Berhad (MEMS). Mahkamah Tinggi mengekalkan denda asal sebanyak RM300,000 dan menambah hukuman tersebut dengan hukuman penjara selama enam bulan setiap seorang.

Ooi dan Tan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen pada bulan Februari 2010 dan didenda RM300,000 setiap seorang.

Kedua-dua mereka dihadapkan ke mahkamah pada bulan April 2009 bawah s122B(b)(bb) Akta Perindustrian Sekuriti (SIA) 1983 kerana membenarkan maklumat yang mengelirukan diberikan kepada Bursa berhubung dengan laporan hasil MEMS sebanyak RM73.4 juta yang terkandung dalam Penyata Pendapatan Disatukan Diringkaskan yang belum beraudit bagi tempoh 12 bulan berakhir pada 31 Julai 2007. Laporan hasil itu mengelirukan kerana ia memasukkan 41% jualan palsu berjumlah RM30.17 juta.

Dalam penghujahannya, SC mengatakan bahawa dengan mengambil kira kesalahan berat yang dilakukan membabitkan satu angka yang sangat besar dalam rekod kewangan tersebut, hukuman denda sahaja tidak memadai. Hujah SC lagi, sebagai pengarah dalam sebuah syarikat awam tersenarai, kedua-dua tertuduh mempunyai tanggungjawab fidusiari bukan sahaja kepada syarikat tetapi juga kepada pelabur.

Dalam membenarkan rayuan tersebut, hakim Mahkamah Tinggi menegaskan bahawa pasaran modal merupakan nadi kepada ekonomi negara dan integritinya adalah penting bagi memperoleh keyakinan pelabur di dalam dan luar negara.

SC akan terus berusaha mendapatkan hukuman berat bagi kesalahan melanggar undang-undang sekuriti dalam kes-kes yang menggugat keyakinan orang ramai dan para pelabur serta integriti pasaran modal Malaysia.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup