Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia menyertai SC sebagai Ahli Suruhanjaya baru

Kuala Lumpur, 20 Mei 2002

Suruhanjaya Sekuriti (SC) ingin mengumumkan bahawa, sejajar dengan Seksyen 4 Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, Menteri Kewangan telah melantik Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia, (dahulunya dikenali sebagai Pendaftar Syarikat), Encik Alim bin Abdullah sebagai Ahli Suruhanjaya Sekuriti. Pelantikan ini berkuatkuasa pada 18 Mei 2002.

Encik Abdul Alim, 53, menggantikan Puan Habibah Abdul yang telah dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya Sekuriti pada 18 Mei 1999.

Sebelum menyertai Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 1 April 2002, Encik Abdul Alim merupakan Pengerusi Mahkamah Industri Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan Penasihat Undang-undang Kementerian Dalam Negeri (1996-2000) serta Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Johor (1992-1996).

Encik Abdul Halim merupakan Barrister-at-Law (Lincoln's Inn London)

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup