Langkah Pasaran Modal Dalam Belanjawan 2019 Meningkatkan Peranan Teknologi Baharu Dalam Memacu Ekonomi Dinamik
2 November 2018   |   Kuala Lumpur
Belanjawan 2019 telah mengenal pasti keutamaan penting untuk menyokong peralihan ekonomi Malaysia ke arah pertumbuhan yang lebih seimbang, mampan dan menyeluruh. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengalu-alukan langkah-langkah yang akan membolehkan komuniti yang lebih luas meraih manfaat daripada pasaran modal.

Teknologi telah menggalakkan inovasi produk dan mewujudkan kaedah dan cara baharu untuk menjalankan perniagaan dalam era kemajuan digital. Dengan memanfaatkan kemajuan ini, tiga inisiatif baharu telah diumumkan dalam Belanjawan 2019 untuk meningkatkan penyertaan pelabur runcit dan merangsang lebih banyak pilihan pembiayaan berasaskan pasaran yang inovatif:

  1. SC akan menyediakan satu rangka kerja kawal selia untuk mengawal selia pertukaran aset digital (digital asset exchanges) dan tawaran syiling permulaan (ICO) untuk memudahcarakan pembangunan pasaran baharu ini secara adil dan teratur. Peraturan-peraturan ini dijangka berkuat kuasa pada suku tahun pertama 2019.
  2. Penubuhan Dana Pelaburan Bersama (CIF), dengan geran berjumlah RM50 juta akan ditadbir oleh SC untuk membolehkan Kerajaan bersama dengan pelabur swasta melabur dalam membiaya pembangunan perniagaan baharu, terutamanya untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), melalui Pendanaan Ekuiti Ramai (ECF) atau platform pembiayaan antara rakan setara (peer-to-peer financing P2P)
  3. Pengenalan platform pendanaan ramai hartanah, yang akan dikawal selia oleh SC di bawah rangka kerja pendanaan ekuiti ramai (crowdfunding), akan menyediakan pilihan pembiayaan alternatif kepada pembeli rumah pertama kali dan memberi pendedahan kepada sektor hartanah melalui jumlah pelaburan yang lebih kecil. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada siri langkah Belanjawan 2019 untuk memudahcarakan pemilikan rumah. 

SC akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan yang berkaitan untuk melaksanakan langkah-langkah ini. Butiran lanjut mengenai langkah-langkah ini akan diumumkan kemudian.

Belanjawan 2019 juga mengumumkan penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas Kewangan Islam yang diterajui ole Kementerian Kewangan. Seiring dengan pelanjutan insentif cukai bagi sukuk ijarah dan wakalah, ini akan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemimpin global dalam kewangan Islam. Di sampuing itu, pelanjutan insentif bagi sukuk dan bon runcit akan menggalakkan lebih banyak penerbitan instrumen tersebut dan menarik lebih banyak penglibatan pelabur runcit dalam pasaran modal.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup