Lantikan Baharu Majlis Pembangunan Modal Teroka dan Ekuiti Swasta Malaysia
16 April 2019   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan ahli-ahli baharu Majlis Pembangunan Modal Teroka dan Ekuiti Swasta Malaysia (MVCDC). Ahli-ahli Majlis tersebut telah dilantik oleh Menteri Kewangan.

MVCDC ditubuhkan pada 2005 sebagai satu majlis antara menteri dengan wakil sektor awam dan swasta untuk memberi visi dan hala tuju, memberi nasihat kepada kerajaan dan memudahcarakan penyelarasan strategi untuk keseluruhan pembangunan modal teroka (VC) dan ekuiti swasta (PE). MVCDC dipengerusikan oleh Pengerusi SC Datuk Syed Zaid Albar. Timbalan Ketua Eksekutif SC Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin juga merupakan ahli Majlis tersebut.

Ahli-ahli MVCDC baharu, yang dilantik bagi tempoh dua penggal bermula 1 Mac 2019, ialah:

  1. Datuk Seri Dr Mohd Azhar Haji Yahaya
    Ketua Setiausaha, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)
  2. Suhara Salleh
    Timbalan Pengarah (Sektor Perkhidmatan Am), Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan
  3. Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir
    Ketua Pegawai Eksekutif, Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas)
  4. Dr V Sivapalan
    Presiden, Malaysian Business Angels Network (MBAN)
  5. Surina Shukri
    Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC)
  6. Victor Chua
    Presiden, Malaysian VC and PE Association (MVCA)
  7. Mohd Irwan Ahmad Mustafa
    Naib Presiden Kanan dan Ketua Pelaburan Swasta, Permodalan Nasional Bhd (PNB)
Memandangkan peri pentingnya pembiayaan VC dan PE dalam memacu keusahawanan dan memangkin usaha kerajaan ke arah mencapai status negara ke arah ekonomi tambah nilai berpendapatan tinggi, MVCDC telah melaksanakan pelbagai inisiatif dengan kerjasama erat dengan kerajaan untuk memacu pertumbuhan industri. Ini termasuk langkah-langkah untuk meningkatkan insentif cukai, menarik pelaburan oleh syarikat-syarikat korporat, menggalakkan kemasukan peserta industri asing, memperkemas pembiayaan kerajaan dan memperluas kumpulan profesional industri.

Peranan yang dimainkan oleh SC sebagai pengerusi MVCDC adalah sejajar dengan tanggungjawabnya sebagai pengawal selia pasaran modal yang termasuk mengawasi pembangunan saluran pembiayaan alternatif seperti VC dan PE, serta pendanaan ekuiti ramai dan pembiayaan antara rakan setara.
1.

Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Haji Yahaya
Secretary General, Ministry of Energy, Science, Technology, Environment and Climate Change (MESTECC)

2.

Suhara Salleh
Deputy Director (General Services Sector), National Budget Office, Ministry of Finance

3.

Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir
CEO, Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas)

4.

Dr. V. Sivapalan
President, Malaysian Business Angels Network (MBAN)

5.

Surina Shukri
CEO, Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC)

6.

Victor Chua
President, Malaysian VC and PE Association (MVCA)

7. Mohd Irwan Ahmad Mustafa
Senior Vice President and Head of Private Investments, Permodalan Nasional Berhad (PNB)

Given the importance of VC and PE financing in spurring entrepreneurship and catalysing the government’s efforts to move the country towards a high-income value-add economy, the MVCDC has undertaken various initiatives in close engagement with the government to accelerate the industry’s growth. These include measures to enhance tax incentives, attract investments by corporates, encourage entry of foreign industry players, streamline government funding and expand pool of industry professionals.

The SC’s chairmanship of the MVCDC is in line with its role as the capital market regulator which includes overseeing the development of alternative funding channels such as VC and PE, as well as equity crowdfunding and peer-to-peer financing.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup