Laporan Jawatankuasa Kewangan Akan Dikeluarkan di Seminar Awam Suruhanjaya Sekuriti

Kuala Lumpur, 10 Mac 1999

Laporan Jawatankuasa Kewangan Tentang Pentadbiran Korporat akan dikeluarkan di seminar awam yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dari 25-26 Mac 1999. Laporan tersebut adalah hasil usaha bersepadu Jawatankuasa Tinggi Kewangan Tentang Pentadbiran Korporat - satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan tahap pentadbiran korporat di Malaysia.

Jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan dan terdiri daripada wakil-wakil kerajaan dan industri, mengadakan rundingan dengan badan-badan industri terpilih untuk menghasilkan laporan komprehensif yang membutirkan 70 cadangan-cadangan utama yang menggesa pembaharuan undang-undang, peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah yang kritikal, menyusun Kod Malaysia Tentang Pentadbiran Korporat yang merangkumi prinsip-prinsip dan amalan terbaik pentadbiran korporat bagi syarikat tersenarai dan mengenal pasti langkah-langkah yang perlu bagi latihan dan pendidikan.

Seminar awam tentang pentadbiran korporat ini dianjurkan oleh SC (melalui Pusat Perkembangan Industri Sekuritinya (SIDC)), sebagai Urus Setia Jawatankuasa tersebut. Seminar ini dianjurkan untuk meningkatkan kefahaman am tentang inisiatif-inisiatif penting yang diambil oleh Kerajaan Malaysia dan sektor swasta dalam mempertingkatkan tahap pentadbiran korporat.

Seminar ini akan menekankan aspek-aspek utama Laporan Jawatankuasa Kewangan dan akan meninjau bagaimana sektor swasta boleh memberikan sumbangan bagi menggalakkan pentadbiran korporat yang baik. Peserta akan juga dapat memahami usaha-usaha yang dijalankan oleh negara lain ke arah mencapai pembaharuan pentadbiran korporat.

Menteri Kewangan Kedua, Y.B. Dato' Mustapa Mohamed akan memberi ucapan dasar. Penceramah-penceramah dan ahli-ahli panel terdiri daripada ahli-ahli Jawatankuasa Kewangan, pegawai atasan kerajaan dan badan-badan pengawalseliaan Malaysia, tokoh-tokoh sektor swasta serta pakar-pakar di dalam inisiatif-inisiatif berkaitan pentadbiran korporat antarabangsa. Penceramah-penceramah tersebut, antara lain termasuk:

  • Tan Sri Wan Azmi Hamzah, Pengerusi, Yayasan Laporan Kewangan (FRF);
  • Ali Abdul Kadir, Pengerusi, Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia;
  • Dato' Mohd. Azlan Hashim, Pengerusi Eksekutif, Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL);
  • Raja Datuk Arshad Raja Tun Uda; Pengerusi Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB);
  • Dato' Megat Najmuddin Khas, Presiden Federation of Public Listed Companies (FPLC);
  • Dato' C.Rajendram, Timbalan Pengerusi Eksekutif, Rating Agency Malaysia (RAM);
  • Gerald Meyerman, Bank Dunia.

Seminar ini dijangka akan memberi faedah kepada pengarah syarikat, ketua eksekutif, akauntan, juruaudit, setiausaha syarikat, penasihat undang-undang, para pelabur, peniaga profesional dan ahli akademi yang ingin memperolehi kefahaman yang lebih mendalam tentang pembangunan terbaru dalam bidang pentadbiran korporat.
Untuk pendaftaran dan penerangan lanjut, sila hubungi Cik Sharizan Shaharuddin di tel: (03) 654 8683 atau faks: (03) 651 5811.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Diterbitkan bagi pihak Suruhanjaya Sekuriti. Untuk bantuan, sila hubungi Jabatan Hal-Ehwal Korporat di tel no.: 03-654 8513 (Ann Teoh)/ 03-654 8107 (Ida Mariana Azmi) atau faks no.: 03-651 5078
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup