Laporan Pentadbiran Korporat akan mempertingkatkan integriti pasaran dan mengembalikan keyakinan pelabur - Pengerusi SC

Kuala Lumpur, 19 Mac 1999

Laporan Pentadbiran Korporat yang akan dikeluarkan pada hari Khamis, 25 Mac oleh Jawatankuasa Kewangan Pentadbiran Korporat mungkin akan menjadi mercu tanda dalam memperkukuhkan sektor korporat dan seterusnya dapat memulihkan sektor berkenaan.

Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC), En. Ali Abdul Kadir berkata bahawa Laporan tersebut adalah hasil usaha pembaharuan pentadbiran korporat yang mendalam yang diinisiasikan oleh kerajaan pada bulan Mac tahun lepas. Jawatankuasa tersebut menggunakan proses perundingan yang rapi dan ketat dalam menghasilkan Laporan berkenaan, yang merangkumi spektrum yang meluas tentang komuniti kewangan termasuk agensi pengawalselia, korporat, perbankan, persatuan industri, badan penetapan standard, dan ahli akademi.

"Pelbagai pihak telah turut serta bagi memastikan segala cadangan yang dibuat dapat diterima dan dengan itu dapat bertahan."

Pengeluaran Laporan ini tepat pada masanya kerana ia merupakan pelan tindakan komprehensif yang boleh mempertingkatkan integriti pasaran dengan memastikan kredibiliti korporat dan mengembalikan keyakinan pelabur," kata En. Ali.

Laporan tersebut merangkumi tiga bahagian:

  • pembangunan Kod Pentadbiran Korporat Malaysia yang menggariskan satu set prinsip dan amalan pentadbiran korporat yang baik;
  • pembaharuan undang-undang, peraturan dan syarat-syarat memperkukuhkan rangka kerja syarikat awam tersenarai termasuk mempertingkatkan penguatkuasaan pengendalian korporat yang baik; dan
  • latihan dan pendidikan untuk menambahkan kumpulan orang ramai yang sesuai bagi pelantikan sebagai pengarah syarikat.

Sehubungan dengan pengeluaran Laporan tersebut, Pengerusi SC juga mengumumkan bahawa Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC), SC akan menganjurkan seminar satu-setengah hari tentang Pentadbiran Korporat pada 25 - 26 Mac 1999 di mana kumpulan sasaran merupakan ketua pegawai eksekutif dan lembaga pengarah syarikat awam.

Menteri kewangann II, Dato' Mustapa Mohamed akan memberikan ucapan dasar "Pentadbiran Korporat Malysia - Cabaran, Peluang, Pembaharuan". Beberapa ahli Jawatankuasa Kewangan akan memberikan ucapan dan mereka termasuk:

  • Encik Ali Abdul Kadir, Pengerusi SC;
  • Dato' Mohd Azlan Hashim, Pengerusi Eksekutif, Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL);
  • Tan Sri Wan Azmi Hamzah, Pengerusi, Yayasan Laporan Kewangan (FRF);
  • Raja Datuk Arshad Raja Tun Uda, Pengerusi, Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB);
  • Dato' Megat Najmuddin Khas, Presiden, Federation of Public Listed Companies (FPLC); dan
  • Dato' C Rajendram, Timbalan Pengerusi Eksekutif, Rating Agency Malaysia (RAM)

Pakej seminar ini termasuk Laporan Pentadbiran Korporat yang lengkap. Orang ramai yang berminat untuk membeli Laporan ini boleh membelinya di seminar tersebut atau boleh menghubungi SIDC.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran seminar, sila hubungi Cik Sharizan di tel no.: (03) 654 8683 atau faks no.: (03) 651 5811.

SC bertindak sebagai Urus Setia Jawatankuasa Kewangan Pentadbiran Korporat.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Diedarkan bagi pihak Suruhanjaya Sekuriti. Untuk bantuan, sila hubungi Jabatan Hal-Ehwal Korporat di tel no.: (03) 654 8513 (Ann Teoh) atau (03) 654 8107 (Ida Mariana Azmi) atau faks no.: (03) 651 5078.


Maklumat latarbelakang:
Suruhanjaya Sekuriti (SC)
, badan berkanun yang bertanggungjawab kepada Menteri Kewangan, telah ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekutriti 1993. Ia merupakan agensi tunggal bagi pengawalan dan pengawasan pasaran modal. SC mempunyai tanggungjawab langsung bagi menyelia dan mengawasi aktiviti institusi pasaran, termasuk bursa dan rumah penjelasan, dan mengawalselia mereka yang berlesen di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983 dan Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993.

Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC), satu jabatan di dalam SC, mula beroperasi pada 1 Julai 1994 untuk memudahkan pembangunan pasaran modal yang mantap, stabil dan sofistikated melalui latihan dan penyebaran maklumat. Pusat ini juga meningkatkan kesedaran pelabur bukan sahaja dikalangan peserta pasaran bahkan juga kepada keseluruhan orang awam.
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup