Laporan Tahunan 2014 AOB: Firma-firma perlu melangkaui proses dan latihan untuk menambah baik kualiti audit; Laporan pemeriksaan firma-firma akan disiarkan
2 Jun 2015   |   Kuala Lumpur
Firma-firma harus menerima pakai dan menzahirkan etika dan nilai profesional sebagai strategi untuk menambah baik kualiti audit, saran Lembaga Pemantauan Audit (AOB) ketika melancarkan Laporan Tahunan 2014 badan tersebut.

Pengawal selia audit itu juga mengumumkan bahawa ia akan mula menyiarkan laporan pemeriksaan firma-firma audit yang gagal memulihkan kelemahan mereka dengan berkesan, dalam usaha untuk mengekalkan kualiti dan piawaian audit.

Nik Hasyudeen Yusoff, Pengerusi Eksekutif AOB berkata, “Kualiti audit merupakan dan akan terus menjadi perhatian utama AOB. Ia merupakan faktor penting yang akan mempengaruhi keyakinan dalam penzahiran penyata kewangan. Hasil pemeriksaan kami mencadangkan usaha-usaha untuk memperbaiki kualiti audit perlu melangkaui penambahbaikkan proses dan latihan. Ini merangkumi strategi menyeluruh untuk bersaing dalam pasaran, penyelarasan insentif dan model perniagaan firma tersebut.”

“Cara pasukan audit menerima dan menzahirkan etika dan nilai profesional juga perlu menjadi bidang tumpuan. Dalam hal ini, pucuk pimpinan firma audit perlu menetapkan pendirian yang jelas untuk dicontohi,” tambah Nik Hasyudeen.

AOB telah ditubuhkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada tahun 2010 untuk mengawasi juruaudit entiti berkepentingan awam (PIE), melindungi kepentingan pelabur dan menggalakkan keyakinan dalam kualiti dan kebolehpercayaan penyata kewangan PIE yang telah diaudit.

Pada tahun 2014, enam firma audit utama dan empat firma audit yang lain yang secara kolektif telah mengaudit sebanyak 957 PIE merangkumi 98.6% pemodalan pasaran syarikat awam tersenarai di Malaysia.

AOB mendapati terdapat peningkatan dalam usaha penambahbaikan yang mana terdapat pengurangan dalam dapatan yang berulang berkenaan dengan semakan pemeriksaan yang melibatkan firma yang diperiksa semula. Walau bagaimanapun, tahap ketekalan prestasi pemeriksaan dalam kalangan rakan kongsi audit masih menjadi cabaran utama kebanyakan firma audit.

Pengawal selia audit itu telah mengambil sebanyak tiga tindakan penguatkuasaan pada tahun 2014, termasuklah untuk kali pertama menghalang sebuah firma audit daripada menerima sebarang PIE sebagai pelanggan selama 12 bulan. Firma audit itu juga telah dikenakan penalti kewangan berjumlah RM30,000. Sebelum ini, sanksi yang dilaksanakan terbatas kepada celaan dan penalti kewangan tertinggi yang dikenakan adalah sebanyak RM10,000.

Melangkah ke hadapan, AOB berpandangan bahawa pelaksanaan Piawaian Pelaporan Juruaudit yang Baharu, yang akan berkuat kuasa pada 15 Disember 2016, berkemungkinan menjadi ‘pengubah suasana’ dalam meningkatkan kualiti laporan kewangan di Malaysia. Piawaian baru ini menghendaki juruaudit memasukkan penzahiran tentang Hal Audit Utama dalam laporan mereka, yang akan membawa kepada bentuk pelaporan yang lebih bermaklumat dan menepati situasi semasa pelanggan, berbeza dengan kaedah pelaporan sedia ada yang menggunakan kata-kata amalan standard.

Sila klik di sini untuk melihat Laporan Tahunan Lembaga Pemantauan Audit 2014.
LEMBAGA PEMANTAUAN AUDIT
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup