Ujian tersebut melibatkan bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan, ahli syarikat mereka dan pembekal perkhidmatan.
Berpandukan hasil ujian yang memuaskan ini, SC yakin gangguan berkaitan Y2K tidak akan memberi kesan kepada pasaran apabila dagangan bermula pada 3 Januari 2000. Walau bagaimanapun, SC akan terus mengawasi keadaan dengan teliti sehingga pasaran dibuka semula pada 3 Januari 2000.
Semua institusi dan perantara pasaran, kecuali mereka yang dikenakan sekatan dagangan oleh pihak berkuasa, mengambil bahagian dalam ujian menyeluruh tersebut. Status Y2K bagi perantara yang dikenakan sekatan dagangan merupakan salah satu daripada beberapa syarat yang dikenakan sebelum sekatan tersebut ditarik balik.
Rumah terbitan serta perantara pasaran yang lain iaitu syarikat pengurusan aset dan syarikat pengurusan unit amanah telah juga mengesahkan melalui laporan berkala kepada SC bahawa mereka tidak menghadapi sebarang masalah dan bersedia untuk beroperasi seperti biasa pada 3 Januari.
Orang ramai boleh menghubungi Pusat Komunikasi Y2K (YCC) SC bagi pertanyaan berhubung Y2K yang berkaitan dengan pasaran modal di:
Tel : 603-6548906 / 8909 atau 03-6515542
Faks : 603-6515181 / 6533472
E-mel :
[email protected] ATAU
[email protected]