Low Thiam Hock dihukum penjara lima tahun, didenda RM5 juta kerana manipulasi saham Repco
29 Februari 2016|   Kuala Lumpur
Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhi hukuman kepada Low Thiam Hock 53 tahun, lima tahun penjara dan denda sebanyak RM5 juta kerana manipulasi saham Repco Holdings Bhd pada 1997. 

Low disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen 84(1) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA) atas tindakannya yang mewujudkan gambaran yang mengelirukan berhubung harga saham Repco pada 3 Disember 1997, di Bursa Saham Kuala Lumpur ketika itu.

Pada 11 Januari 2016, Mahkamah Sesyen mensabitkan pertuduhan kesalahan ke atas Low dan menetapkan jatuhan hukuman pada 29 Februari 2016. Berikutan hukuman pada hari ini, Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan Low untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun, memandangkan sabitan dan hukuman tersebut, jaminan bagi Low telah dinaikkan kepada RM1.3 juta manakala pasportnya sebelum ini telah diperintahkan agar diserahkan kepada mahkamah.

Low dituduh oleh SC di Mahkamah Sesyen pada 18 September 1999. Pada penghujung kes pendakwaan yang mana 25 saksi telah dipanggil, Mahkamah Sesyen telah membebaskan Low atas dasar bahawa pertuduhan tidak dibuktikan. Pihak SC kemudian mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi yang mengesahkan keputusan Mahkamah Sesyen. Mahkamah Rayuan bagaimanapun, pada 28 Februari 2013 membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan memerintahkan Low untuk membela diri pertuduhan terhadapnya, mengembalikan kes itu kepada Mahkamah Sesyen.

Hukuman terhadap Low merupakan tempoh hukuman penjara yang paling lama dijatuhkan oleh mahkamah dalam kes manipulasi pasaran.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA


Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup