MACC dan SC berkongsi hasil laporan siasatan Sime Darby dengan RMP dan SSM
17 Disember 2010   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (“MACC”) dan Suruhanjaya Sekuriti (“SC”) telah pun selesai mengkaji laporan yang diserahkan oleh Sime Darby Berhad (“Sime Darby”), iaitu Laporan Jawatankuasa Kajian Laporan Siasatan Sime Darby bertarikh 20 September 2010, dan laporan yang disediakan oleh perunding forensik dan perundangan yang dilantik oleh lembaga pengarah Sime Darby. Laporan ini adalah berkenaan dengan empat projek utama di Bahagian Tenaga dan Utiliti Sime Darby, iaitu Projek Petroleum Qatar, Projek Maersk Oil Qatar, Projek Empangan Hidroelektrik Bakun dan Projek Marin.

Dalam kajian terhadap laporan-laporan tersebut, MACC dan SC telah bekerjasama rapat bagi mengenal pasti pelanggaran terhadap undang-undang yang berkenaan, berbangkit daripada maklumat yang didedahkan dalam laporan-laporan tersebut. Selepas kajian itu selesai, MACC dan SC pada awal minggu ini telah mengadakan mesyuarat dengan Polis Diraja Malaysia (“RMP”) dan Suruhanjaya Syarikat (“SSM”) untuk berkongsi hasil dapatan mereka mengenai kemungkinan terdapat pelanggaran bawah Kanun Keseksaan dan Akta Syarikat. Laporan berkenaan turut diserahkan kepada RMP dan SSM bagi tindakan lanjut berkenaan dengan pelanggaran bawah bidang kuasa masing-masing.

Jika kesalahan yang dilakukan melangkaui beberapa bidang kuasa, badan-badan penguatkuasaan berkenaan akan bekerjasama bagi memastikan siasatan dibuat secara rapi dan menyeluruh.

Siasatan MACC mengenai rasuah bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 masih berjalan, manakala SC mengadakan siasatan mengenai kemungkinan pelanggaran Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

Pada masa yang sama, SC dan Bursa Malaysia bekerjasama rapat bagi mengenal pasti pelbagai pelanggaran Peraturan Penyenaraian dan SC akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada mereka yang membuat pelanggaran tersebut.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
POLIS DIRAJA MALAYSIA
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup