Mahkamah Keluar Perintah Beku RM169 juta Aset Ricky Wong
10 Mei 2020   |   Kuala Lumpur

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberi Perintah sementara kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk membekukan antara lain, aset Wong Shee Kai (Ricky Wong), yang masih bebas. Perintah tersebut adalah berikutan tuntutan saman SC terhadap defendan berkaitan kesalahan penipuan sekuriti yang membabitkan Bright Packaging Industry Bhd, di bawah seksyen 179 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

Perintah tersebut, yang diperoleh di bawah seksyen 360 CMSA, melarang Wong, ibunya Teh Sew Wan dan sebuah syarikat yang mereka miliki, WSK Holdings Sdn Bhd, daripada berurusan dengan aset dan hartanah yang bernilai sehingga RM169,223,500.00. Ketika mengeluarkan Perintah tersebut, Pesuruhjaya Kehakiman Anand Ponnudurai juga menghendaki ketiga-tiga defendan untuk mendedahkan dengan penuh, lengkap dan tepat, akaun-akaun bagi aset-aset tersebut, sama ada di dalam atau di luar Malaysia.

Perintah ini akan mengikat semua defendan dan juga menghalang mana-mana individu dengan sengaja membantu atau membenarkan apa-apa urusan dengan aset dan hartanah defendan. Menurut syarat-syarat Perintah tersebut, bank-bank tidak dibenarkan melaksanakan hak untuk mengenepikan mana-mana kemudahan yang telah mereka berikan kepada defendan.

Mahkamah Tinggi kemudiannya memerintahkan bahawa ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, pelaksanaan Perintah ke atas kesemua defendan ini adalah dianggap sah sekiranya ia diiklankan di dalam surat khabar berbahasa Inggeris.

Salinan perintah sementara WA-22NCC-171-05/2020 yang dikeluarkan oleh Bahagian Komersial Mahkamah Tinggi KL pada 8 Mei 2020 boleh didapati di sini.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup