Mahkamah mengekalkan sabitan kerana jualan singkat saham
2 Mac 2009   |   Kuala Lumpur
Mahkamah Tinggi, pada hari Jumaat 27 Februari 2009, telah menolak rayuan Lua Yik Hor terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan kerana melakukan jualan singkat saham.

Hakim Dato Ahmad bin Maarop menolak rayuan terhadap sabitan dan hukuman tersebut selepas mendengar penghujahan daripada Pihak Pendakwaan dan Pihak Tertuduh. Hakim itu juga telah mengekalkan hukuman penjara yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen tetapi membenarkan hukuman tersebut ditangguhkan sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan.

Pada 10 November 2000, Mahkamah Sesyen telah mensabitkan Lua Yik Hor bagi 30 pertuduhan melakukan jualan singkat saham-saham North Borneo Timber pada tahun 1995. Dia dijatuhi hukuman dua tahun penjara bagi setiap pertuduhan, dengan hukuman dijalankan serentak dari tarikh hukuman dijatuhkan.

Mahkamah Tinggi membenarkan Lua Yik Hor diikat jamin RM100,000 dengan dua penjamin.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup