Mahkamah mengesahkan sabitan dan hukuman penjara kerana penipuan sekuriti
27 Mei 2016|   Kuala Lumpur
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengesahkan sabitan dan hukuman satu tahun penjara ke atas bekas pengarah dan pengurus dana, Wahid Ali bin Kassim Ali, kerana penipuan sekuriti yang dilakukan antara 2001 dan 2002.

Wahid Ali, sebelum ini dari Aiwanna Asset Management Sdn Bhd, didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jun 2009 atas tiga tuduhan, kerana peninggalan fakta material dalam penyata akaun kepada pelanggannya, Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC). Untuk setiap pertuduhan, dia dijatuhi hukuman penjara setahun dan didenda sebanyak RM1 juta.

Dalam tempoh antara 31 Disember 2001 dan 11 Mac 2002, EPIC telah menerima tiga penyata akaun bulanan daripada Aiwanna, yang ditandatangan oleh Wahid Ali, menyatakan bahawa pelaburan mereka telah diletakkan dalam dana bon, sedangkan hakikatnya RM5 juta wang EPIC telah hilang pada ketika itu dan tidak lagi diuruskan oleh Aiwanna.

Pada 2013, Mahkamah Tinggi menolak rayuan Wahid Ali. Bagaimanapun, pada 2015, Mahkamah Rayuan telah memerintahkan agar kes tersebut dikembalikan semula ke Mahkamah Tinggi untuk pendengaran semula rayuan. Pada hari ini, Mahkamah Tinggi mengesahkan sabitan dan hukuman tersebut.

Tuduhan-tuduhan tersebut dikemukakan di bawah Seksyen 87A(c) Akta Perindustrian Sekuriti 1983.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup