PM Securities telah memfailkan dua semakan kehakiman (JR) pada 2013 untuk membatalkan keputusan pertimbangan oleh SIDREC yang memihak kepada pihak yang menuntut. Dalam JR tersebut, PM Securities mencabar proses SIDREC dan keputusan adjudikator bahawa PM Securities adalah bertanggungjawab sebagai prinsipal atas kerugian yang disebabkan oleh salah laku wakilnya.
Ketika menolak permohonan PM Securities bagi semakan kehakiman pada Ogos 2015, Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa SIDREC telah mengendalikan penyelesaian pertikaian yang saksama berpandukan bidang kuasanya dan bahawa bahasa dalam Perjanjian Standard Remisier yang digunakan secara jelas dan tanpa ragu-ragu mewujudkan hubungan agensi antara PM Securities dan wakilnya. Keputusan Mahkamah Tinggi kemudiannya telah disokong oleh Mahkamah Rayuan.
SIDREC telah ditubuhkan oleh SC di bawah Peraturan Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Penyelesaian Pertikaian) 2010, untuk menyediakan saluran yang neutral bagi menyelesaikan pertikaian antara pelabur dan pengantara pasaran modal. Perkhidmatan penyelesaian pertikaian SIDREC terbuka kepada semua pelabur dan adalah percuma kepada pelabur bagi tuntutan sehingga sebanyak RM250,000.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
PUSAT PENYELESAIAN PERTIKAIAN INDUSTRI SEKURITI