Mahkamah Rayuan kekal sabitan dan hukuman terhadap pengurus MIH atas penipuan undian IPO
5 Mac 2013   |   Kuala Lumpur

Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Ashari Rahmat terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya kerana menukar sampul permohonan yang berjaya bagi tawaran awam awal (IPO) saham UPA Corporation Berhad (UPA), dengan permohonan yang tidak melalui proses pengundian di Malaysian Issuing House (MIH) antara 15 hingga 16 Februari 1997.

Ashari merupakan bekas pengurus operasi MIH, rumah terbitan yang bertanggungjawab mengendalikan pengundian IPO ketika itu. Dia dibayar RM10,000 untuk menukar 80 permohonan yang berjaya diundi dengan permohonan yang tidak melalui proses pengundian.

Ashari telah disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman tiga tahun penjara dan denda sebanyak RM1 juta (atau satu tahun penjara) oleh Mahkamah Sesyen pada tahun 2009. Mahkamah Tinggi telah menolak rayuan Ashari pada 4 Januari 2012 dan mengekalkan sabitan dan hukuman tersebut. Dia telah menfailkan rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Panel hakim yang diketuai oleh Yang Arif Haji Abdul Malik Haji Ishak, Yang Arif Datuk Linton Albert dan Yang Arif Dato Haji Zawawi Salleh hari ini mengekalkan sabitan kesalah dan hukuman ke atas Ashari di bawah seksyen 87A(b) Akta Perindustrian Sekuriti 1983. Ashari kini sedang menjalani hukuman penjara tersebut.


SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA


Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup