Mahkamah Rayuan Membenarkan SC Batal Saman oleh Crowe Horwath dan Dua Individu
27 Januari 2016|   Kuala Lumpur
Pada 26 Januari 2016, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk membatalkan saman yang difailkan oleh Crowe Horwath dan dua rakan kongsinya, Onn Kien Hoe dan Lee Kok Wai.

SC membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan SC untuk membatalkan saman yang difailkan oleh Crowe Horwath dan rakan kongsinya yang memohon perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (WPA).

Di Mahkamah Rayuan, SC berhujah bahawa permohonannya untuk membatalkan saman itu harus dibenarkan kerana terdapat penyalahgunaan proses mahkamah dengan pembukaan pelbagai prosiding termasuk empat permohonan semakan kehakiman, untuk menghindari tindakan penguatkuasaan Lembaga Pemantauan Audit (AOB) terhadap Lee Kok Wai dan bahawa ketiga-tiga pihak terbabit tidak berhak mendapat perlindungan yang di bawah WPA.

Crowe Horwath dan rakan kongsinya memulakan tindakan itu selepas AOB mengenakan celaan dan penalti sebanyak RM50,000 terhadap Lee Kok Wai kerana gagal mematuhi Piawaian Pengauditan Antarabangsa berkenaan dengan audit ke atas penyata kewangan Silverbird Group Bhd bagi tahun kewangan yang berakhir pada 30 Oktober 2010.

Mahkamah Rayuan sebulat suara memutuskan bahawa terdapat merit dalam rayuan SC dan mengarahkan ketiga-tiga pihak terbabit membayar kos kepada SC.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA


Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup