Mahkamah Rayuan Memihak Kepada SC, Bekas Timbalan Pengarah Urusan Stone Master Diperintah Bayar Balik RM11.54 Juta dan Penalti Sivil

4 Mac 2022 |  Kuala Lumpur 

Mahkamah Rayuan pada 3 Mac 2022, memutuskan untuk memihak kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2019 bahawa Datin Chan Chui Mei (Chan), bekas Timbalan Pengarah Urusan Stone Master Corporation Bhd (Stone Master) telah melanggar undang-undang sekuriti.

Hakim Dato’ Lee Swee Seng, Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Dato' Gunalan a/l Muniandy, menyatakan bahawa Mahkamah Rayuan tidak mendapati sebarang kesilapan dalam dapatan hakim Mahkamah Tinggi. Pada 2019, Mahkamah Tinggi mendapati Chan telah menyebabkan kerugian secara salah kepada Stone Master, yang melanggar seksyen 317A Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).

Chan diperintahkan membayar RM11.54 juta dan penalti sivil RM1 juta kepada SC. Ketika perbicaraan, Stone Master didapati telah membayar beberapa wakil tempatan deposit tidak boleh dikembalikan syarikat-syarikat asing berjumlah RM11.59 juta. Bukti menunjukkan bahawa sejumlah RM11.54 juta daripada deposit itu kemudiannya dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi Datin Chan.

Pada 28 September 2016, SC telah memperoleh injunksi sementara untuk menghalang Chan daripada berurusan dengan wang dalam akaun bank peribadinya sehingga nilai RM11.54 juta.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

HUBUNGI KAMI
HOTLINE: +603-6204 8000
PAUTAN BERKAITAN
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia    |    Hubungi Kami    |    Penolak Tuntutan    |    Paparan laman yang lebih baik menggunakan Internet Explorer 11 dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup