Mahkamah Rayuan Memutuskan untuk Memihak kepada SC dalam Permohonan Semakan Kehakiman

28 Oktober 2021

Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan untuk memihak kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan menolak rayuan Andrew Heng terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan Semakan Kehakimannya. Mahkamah Rayuan juga telah memberikan kos berjumlah RM15,000 kepada SC.
Pada 2 Ogos 2019, Lembaga Pemantauan Audit (AOB) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengenakan celaan terhadap Andrew Heng, rakan kongsi Baker Tilly Monteiro Heng PLT, kerana gagal mematuhi Piawaian Pengauditan Antarabangsa yang berkaitan. Sebagai rakan kongsi yang terlibat untuk mengaudit entiti berkepentingan awam (PIE), AOB mendapati bahawa Heng telah gagal melaksanakan prosedur audit yang mencukupi dan mendapatkan bukti audit yang mencukupi untuk menyokong kesimpulan yang dicapai mengenai kewujudan tunai dan baki bank, dan overdraf bank pada 31 Disember 2014. Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014, PIE menerima pakai tarikh akhir secara awal pada 20 Disember 2014 untuk merekodkan urus niaga banknya.

Heng kemudiannya telah membuat rayuan kepada SC terhadap keputusan AOB. SC menolak rayuan dan mengesahkan tindakan AOB pada 12 November 2019.

Pada 12 November 2019, Heng memfailkan permohonan untuk Semakan Kehakiman antara lain, untuk mengetepikan kedua-dua keputusan AOB dan SC. Pada 25 Ogos 2020, Mahkamah Tinggi membuat keputusan untuk memihak kepada SC dan menolak permohonan Semakan Kehakiman Heng dengan kos sebanyak RM10,000 yang perlu dibayar kepada SC. Heng kemudiannya merayu kepada Mahkamah Rayuan.

Pengumuman celaan ini adalah tertakluk kepada penangguhan pelaksanaan oleh Mahkamah Tinggi, yang telah ditarik balik berikutan keputusan Mahkamah Rayuan.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
LEMBAGA PEMANTAUAN AUDIT

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup