Mahkamah Rayuan Penjara Bekas Pengarah Bebas Transmile Group Bhd kerana Penzahiran yang Mengelirukan
19 Januari 2017   |   Kuala Lumpur
Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara menolak rayuan oleh bekas pengarah bebas Transmile yang merupakan ahli Jawatankuasa Auditnya kerana dengan sengaja membenarkan pengemukaan kenyataan yang mengelirukan kepada bursa saham.

Shukri Sheikh Abdul Tawab, 53, dan Jimmy Chin Keem Feung, 52, didapati bersalah di bawah seksyen 122B(b)(bb) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 kerana dengan sengaja membenarkan pengemukaan kenyataan yang mengelirukan kepada Bursa Malaysia dalam laporan suku tahunan Transmile Group Bhd mengenai keputusan digabungkan belum diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2006.

Kenyataan yang mengelirukan tersebut adalah berkenaan dengan angka pendapatan belum diaudit yang telah dilaporkan kepada Bursa Malaysia bagi suku tahun keempat 2006 dan tempoh kumulatif bagi tahun 2006.

Pada 2011, Mahkamah Sesyen menyabitkan kesalahan dan menjatuhi hukuman penjara satu tahun dan denda RM300,000 (atau penjara enam bulan) terhadap Shukri Sheikh Abdul Tawab dan Jimmy Chin Keem Feung. Pada 2015, Mahkamah Tinggi mengesahkan sabitan dan hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen terhadap mereka.

Hakim Dato' Ahmadi Haji Nawawi ketika mengumumkan keputusan Mahkamah Rayuan tersebut menyatakan bahawa tiada merit dalam rayuan yang dibuat dan hukuman yang dikenakan oleh Hakim Mahkamah Sesyen adalah setimpal dengan kesalahan itu.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA


Ooops!
Generic Popup