Mahkamah Rayuan penjara bekas pengarah kerana manipulasi pasaran
10 Mac 2016|   Kuala Lumpur
Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara mengekalkan sabitan terhadap Dato’ Phillip Wong Chee Kheong, 54, dan Francis Bun Lit Chun, 46, bekas pengarah Impetus Group of Companies, kerana memanipulasi saham Suremax Group Berhad dalam tempoh empat bulan.

Manipulasi pasaran yang dilakukan antara November 2004 dan Mac 2005 telah membawa kepada pertuduhan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada bulan Oktober tahun yang sama. Mahkamah Sesyen menyabitkan kesalahan Dato’ Phillip Wong dan Bun pada 2011 selepas mendengar 38 saksi pendakwaan.

Hari ini, Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Md Raus Shariff bersama-sama Hakim Mahkamah Rayuan, Hamid Sultan Abu Backer dan Hakim Idrus Harun mengesahkan sabitan kesalahan dan hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen. Dato’ Phillip Wong dihukum penjara selama dua tahun dan didenda sebanyak RM3 juta, manakala Francis Bun dihukum penjara tiga bulan dan didenda sebanyak RM2 juta. Hukuman penjara tersebut bermula pada hari ini.

Ketika mencadangkan kepada Mahkamah Rayuan untuk mempertimbangkan keseriusan kesalahan yang telah dilakukan, pasukan pendakwaan SC menekankan bahawa manipulasi pasaran bukanlah satu kesalahan yang tiada mangsa. Ramai pemilik akaun yang akaunnya telah digunakan dalam manipulasi ini mengalami kerugian berjuta-juta ringgit. Manipulasi yang dilakukan dalam kes ini telah meningkatkan harga saham Suremax sebanyak 77% dalam tempoh empat bulan.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA


Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup