Mahkamah Rayuan sahkan undang-undang SC menurut perlembagaan
28 September 2015   |   Kuala Lumpur
Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan untuk berpihak kepada SC apabila ia menyatakan bahawa seksyen 122(1) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA) adalah menurut perlembagaan. Hakim Dato’ Tengku Maimun Binti Tuan Mat, ketika mengumumkan keputusan Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa seksyen tersebut tidak menyalahi Perlembagaan Persekutuan.

Gan Boon Aun dan Khiudin Bin Mohd, bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Transmile Group Berhad (TGB), telah didakwa pada tahun 2007 kerana bersubahat dengan Transmile dalam menyediakan penyata yang mengelirukan berkaitan dengan keuntungan TGB dalam keputusan kewangan digabungkan dan tidak teraudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2006, di bawah seksyen 86(b) yang dibaca bersama dengan seksyen 122C(c) SIA.

Gan dan Khiudin turut didakwa dengan satu pertuduhan alternatif kerana mengemukakan penyata yang mengelirukan kepada Bursa Malaysia di bawah seksyen 122B(a)(bb) yang dibaca bersama dengan seksyen 122(1) SIA.

Kedua-dua tertuduh telah dipanggil untuk membela diri terhadap pertuduhan alternatif. Pada Jun 2011, Gan dan Khiudin mencabar kesahihan pertuduhan alternatif itu dengan mengatakan bahawa undang-undang tersebut adalah tidak konsisten, antara lain, dengan Artikel (1) Perlembagaan Persekutuan. Pada November 2011, Mahkamah Tinggi memihak kepada cabaran tersebut dab memutuskan bahawa seksyen tersebut adalah tidak menurut perlembagaan.

Pihak pendakwaan kemudian menfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut. Pada hari ini, Mahkamah Rayuan telah menukar keputusan Mahkamah Tinggi dan memutuskan bahawa peruntukan tersebut adalah sah tetapi menangguhkan keputusannya sementara menunggu rayuan oleh pihak terdakwa ke Mahkamah Persekutuan.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup