Mahkamah Tinggi Kekal Sabitan Bekas Pengerusi Repco Holdings Bhd dalam Kes Manipulasi Pasaran

Denda RM5 juta Repco Low disahkan, hukuman penjara lima tahun dikurangkan kepada 1 tahun

Kuala Lumpur, 17 Februari 2023

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak rayuan Low Thiam Hock (Low), juga dikenali sebagai ‘Repco Low’ terhadap sabitan kesalahannya atas manipulasi saham Repco Holdings Bhd (Repco) yang telah berlaku pada 1997.

Walau bagaimanapun, Mahkamah Tinggi telah mengurangkan hukuman penjara daripada lima tahun kepada satu tahun dan mengekalkan denda sebanyak RM5 juta yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen pada tahun 2016. Kesalahan di bawah seksyen 84(1) Akta Perusahaan Sekuriti 1983 (SIA) membawa hukuman denda minimum sejumlah RM1 juta dan hukuman penjara maksimum sehingga 10 tahun.

Susulan penghakiman tersebut, Mahkamah Tinggi seterusnya membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu pelupusan kes rayuan Low kepada Mahkamah Rayuan. Ketika menolak rayuan hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Dato' Azhar Abdul Hamid menyatakan bahawa mahkamah bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa sabitan tersebut adalah selamat.

Berikutan perbicaraan penuh yang menjangkau hampir 17 tahun, Low telah disabitkan pada 2016 oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan di bawah seksyen 84(1) SIA. Low didakwa memanipulasi harga saham Repco dengan penglibatan dalam perbuatan mewujudkan suatu gambaran yang mengelirukan berkenaan harga saham Repco yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (kini dikenali sebagai Bursa Malaysia) pada 3 Disember 1997. Selepas mencapai paras tertinggi sebanyak RM140.50 sesaham pada September 1997, harga saham Repco menjunam kepada RM2.98 kurang setahun kemudian. Saham itu telah digantung daripada dagangan di Bursa Malaysia pada Oktober 2000, dan dinyahsenarai tiga tahun kemudian.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup