Mahkamah Tinggi Kenakan Hukuman Penjara 24 Bulan ke atas Bekas CEO Transmile

25 Januari 2022 |  Kuala Lumpur 

Mahkamah Tinggi hari ini menaikkan hukuman penjara terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Transmile Gan Boon Aun kepada 24 bulan, sekali gus membenarkan rayuan SC terhadap hukuman penjara satu hari yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen.

Mahkamah Tinggi juga mengekalkan denda awal sebanyak RM2.5 juta yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen pada 27 Ogos 2020.

Gan disabitkan kesalahan kerana memberi kenyataan yang mengelirukan, dengan niat untuk menipu, berkaitan pendapatan Transmile Group Bhd dalam Laporan Suku Tahun syarikat mengenai Keputusan Disatukan yang Belum Diaudit bagi Tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2006. Penyata mengelirukan mengenai jumlah pendapatan terdiri daripada lebih RM333 juta angka jualan yang direka. Sabitan Gan adalah di bawah seksyen 122B yang dibaca bersama seksyen 122(1) Akta Perindustrian Sekuriti 1983.

Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mohamed Zaini Mazlan mengambil maklum usaha yang dilakukan oleh SC untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Gan, bahawa dia telah mengelak daripada ditangkap, sekali gus gagal menghadiri perbicaraan rayuan.

Gan masih bebas dan SC sedang mendapatkan maklumat daripada pihak awam untuk mengesannya.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

HUBUNGI KAMI
HOTLINE: +603-6204 8000
PAUTAN BERKAITAN
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia    |    Hubungi Kami    |    Penolak Tuntutan    |    Paparan laman yang lebih baik menggunakan Internet Explorer 11 dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup